SIAKAP TIGA RASA
Bahan
1 ekor ikan siakap atau bawal
1 sudu mkn tepung jagung
3 biji bawang merah – dihiris
1 labu bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
Untuk sos
4 sudu mkn sos tomato
4 sudu mkn sos cili
4 sudu mkn sos tiram
½ cawan air
1 sudu teh gula
Untuk hiasan
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah – dihiris
2 biji cili hijau – dihiris
2 biji tomato – dibelah 4
Cara
Bersihkan ikan dan gaul dengan sedikit garam dan
sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga
ikan kuning keemasan. Angkat dan
letakkan dalam pinggan hidang. Ketepikan
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2
sudu makan bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih, kacau rata.
Masukkan bahan hiasan kacau rata dan tutup api. Kemudian tuangkan keatas ikan yang digoreng
tadi.
No comments:
Post a Comment