LEPAT LIAT
Bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
3 sudu gula putih (tak letak pun boleh..)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
Kelapa parut + garam- kak ruby tak letak
Daun pisang
Sedikit minyak
Cara
Masak gula merah & putih, garam, santan dan air
hingga mendidih dan gula larut,
tapis dan sejukkan.
Masukkan santan sedikit2 ke dalam tepung sambil
mengacau sehingga menjadi adunan yang likat. Jangan pekat sangat nanti lepat
jadi keras dan tak liat katanya.
Sapu permukaan daun dengan sedikit minyak supaya tidak
melekat.
Ambil 1 - 1 1/2 sudu adunan dan ratakan di atas daun
tersebut.
Letak kelapa parut di tengah tengahnya, dan mulakan membalut
dengan kemas. Lakukan sehingga habis.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment