TALAM KELEDEK
loyang 8" x 8"
Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan keledek oren dipotong dadu (dikukus)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
4 sudu besar gula
1/2 sk garam
Cara :
Bancuh semua bahan kecuali keledek, tapis dan masak
hingga naik wap, tutup api, masukkan keledek tadi dan kacau hingga rata. Tuang ke dlm loyang yg telah disapu dgn
sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama
15 minit.
Bahan Lapisan Atas :
80 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
pewarna oren
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak
hingga naik wap. Tuangkan ke atas
lapisan bawah tadi. Kukus lah selama 30
minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment