KEK ALUNAN KASIH
Bahan
5 biji telur
250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
serbuk koko secukupnya
pewarna (pilihan sendiri)
tapis teh yg halus (utk ayak serbuk koko)
Cara
Butter dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga
kembang.
Masukkan esen vanila dan susu cair, gaul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul
sebati.
Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian, warnakan dengan warna
pilihan sendiri.
Griskan loyang dengan butter, taburkan sedikit
tepung. Masukkan adunan warna pertama,
ayak nipis je serbuk koko diatasnya,
masukkan pula adunan warna kedua, ratakan dan ayak serbuk koko
diatasnya.
Buat lah begitu ke lapisan yang ketiga dan
seterusnya.
Bakar lebih kurang 45 minit dengan suhu 150c api atas
bawah.
kak ruby guna loyang 8 x 8 inci.
No comments:
Post a Comment