BINGKA LABU LEMAK MANIS
resepi asal : Yatiememories
Bahan
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis (kek ruby tak letak)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cawan labu - yg telah di rebus, tos dan dilecek
sedikit bijian utk tabur
Cara
Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang dengan
mentega, panaskan sebentar.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu dan bijian dalam
satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lg
senang. Tuangkan dalam mengkuk besar dan masukkan labu yang telah dilecek kacau
rata.
Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak kalau nak
permukaannya berkerak, tambah masa bakar.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong.
No comments:
Post a Comment