KEK BUAH KUKUS
Bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality
butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas
perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan
buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian
sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam
adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga
sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang
dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk
kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter
keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium
foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang
diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong.
(Pastikan kek benar2 sejuk seeloknya semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika
dipotong).
No comments:
Post a Comment