TART NENAS LANDAK
Bahan
300 gm tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm butter
2 kuning telur
untuk inti
Jem nenas secukup nya
Cara
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke
dalam bekas.
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga
berderai (rub-in method).
5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
6.Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas ,
gunting pada permukaan nya mengikut corak sendiri. letakkan bunga cengkih diatasnya.
7Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit
dengan butter
8.Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik
masaknya
No comments:
Post a Comment