BISKUT HAZEL BERSALUT COKLAT
Bahan
200 gm mentega ( kak ruby guna 150 gm buttercup)
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
200 gm tepung kek
1 sudu besar tepung jagung
70 gm kacang hazel (diblend halus)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan
kuning telur dan vanilla. Kacau hingga
sebati.
2. Masukkan tepung kek, tepung jagung dan kacang
hazel. Kacau lagi hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag, pilih acuan
mengikut citarasa sendiri (itu cara resepi asal, kak ruby guna acuan bentuk hati)
4. Bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 15 min.
Nmpk sedap tu..tmbh2 ada hazelnut
ReplyDeletewah kakruby dah start buat kuih raya ke ni sedapp tu biskut hazel salut coklat
ReplyDelete