WAFFLE
Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1/3 cawan mentega cair
2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula
½ sudu teh garam
Cara
Asingkan kuning telur dan putih telur dalam dua bekas.
Campurkan susu segar, mentega cair, tepung jagung, tepung
gandum, baking powder dan garam ke dalam bekas kuning telur, guna mixer dan
sebatikan adunan.
Kemudian campurkan gula ke dalam bekas putih telur, pukul
guna mixer sehingga bertanduk (bila terbalikkan bekas adunan tak jatuh). Masukkan kedalam bekas adunan tepung tadi,
gaul cara kaup balikkan adunan hingga sebati.
Panaskan waffle maker terlebih dahulu, guna senduk dan
tuangkan kedalam acuannya, jangan tebal sangat, Tutup waffle maker dan biarkan
sehingga masak dan garing (terpulang kepada citarasa masing2.
Setelah 5 minit buka dan tengok kegaringannya….apabila sudah
cukup garing, keluarkan boleh lah disapu dengan jem, kaya, mentega kacang, madu,
aiskrim dan buah2an. Sedap dimakan
ketika masih panas2.
No comments:
Post a Comment