KUIH LAPIS
Bahan
1 cawan tepung
beras
4 sudu mkn
tepung gandum
1 sudu mkn
tepung jagung
1 cawan gula –
boleh kurang
2 cawan santan
pekat + 2 cwn air atau 2 cwn santan cair
Secubit garam
sedikit pewarna
merah dan hijau
Cara
Panaskan
pengukus.
Satukan air,
santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung
gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan
kepada 3 bahagian sama banyak.
1 bahagian
warnakan dengan warna merah, 1 bahagian lagi biarkan warna asal iaitu putih dan
satu bahagian lagi warna dengan warna hijau.
Sediakan loyang
8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1
cawan warna asal putih kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan
pula warna merah kukus lagi, dan seterusnya warna hijau, 3 buat lah begitu berselang seli hingga
adunan habis.
Untuk lapisan
yang terakhir kukus selama 10 minit
*kuih lapis ni
macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat... ni
warna dan cara kak ruby.
No comments:
Post a Comment