KUIH KASTURI
Bahan
2 cawan kacang hijau
5 sudu besar gula - bleh
tmbh atau kurang
5 sudu besar kelapa parut
air secukupnya
Cara
Rebus kacang hijau bersama
air sampai kembang dan biarkan air nya hampir kering.
Masukkan gula dan kelapa
parut, kacau rata hingga kering. angkat dan biarkan sejuk.
Ambil sedikit kacang
bentukkan bulat2, kemudian leperkan.
Buat lah hingga kacang habis.
Bahan utk adunan tepung
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
sedikit kunyit
garam secukupnya
air secukupnya
Cara
Satukan semua bahan
kecuali air letakkan sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan sederhana
pekat.
Panaskan minyak, ambil
kacang tadi celup dan goreng hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment