Wednesday, 13 December 2017

Puding Jagung Segar

Assalammualaikum
Minggu lepas kak ruby balik kampung di utara semenanjung, biasa lah kan musim cuti sekolah ni, sana sini kenduri kahwin....kak ruby balik kampung pun atas sebab itu juga, kak ruby seronok bila balik kampung, sebab dapat jumpa ramai saudara mara lebih-lebih lagi bila kenduri begini, senang dapat jumpa saudara mara yang jauh juga, maklumlah nak jumpa saudara mara ni bukan nya senang.  Masing-masing sibuk dengan hal kehidupan sendiri.
Dikampung banyak tanaman dan buah buahan, kak ruby pun ambil lah kesempatan, kak ruby dapat banyak jagung dari anak saudara kak ruby, anak saudara ni rajin dia tanam banyak jagung.
Di pendekkan cerita, alhamdullilah banyak resepi yang dapat kak ruby buat dengan jagung-jagung itu.  Salah satu nya ini lah puding jagung, resepi asal puding ni guna jagung dalam tin, tapi kak ruby tukar sikit guna jagung segar.  Cara nya kak ruby potong jagung segar macam kita nak buat bubur jagung tu, kemudian kukus sekejap agak-agak masak, pastu blender hingga halus,  maka jadi lah macam jagung dalam tin.
Lepas tu ikut lah resepi seperti dibawah.  insyaAllah sedap sangat.


PUDING JAGUNG

Bahan
1 tin jagung manis krim - kak guna guna jagung segar
1 cawan tepung kastard
¾ cawan gula kasar
3 cawan air
1 tin susu cair
Secubit garam – kak ruby tambah




Cara
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. 
Masak diatas api sederhana perlahan dan kacau terus menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuang kedalam loyang kesukaan.
Tunggu sehingga sejuk dan masaukkan dalam peti ais.
Sedap dimakan bila sejuk.

3 comments:

  1. Assalammualaikum Adda...memang sedap lebih-lebih lagi makan masa puding tu sejuk2...sedap nya, adda buat lah

    ReplyDelete
  2. Salam kak Ruby, kalau pakai jagung segar, guna 1 tongkol sahaja ke?

    ReplyDelete