PULUT KUNING
Bahan
500 gm beras pulut
2 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam
Cara
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama
kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan,
bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak. Sementera itu satukan garam dan santan kacau
hingga garam larut.
Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar
dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga
sebati. Kukus pulut sekali lagi selama
10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi). Masukkan dalam bekas atau acuan pilihan.
No comments:
Post a Comment