PUDING ROTI
Bahan
4 keping roti
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh kurang
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 sudu besar butter- dicairkan
Pewarna pilihan
Cara
Masak 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula sehingga
mendidih.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air
1/2 cawan tadi, kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sedang mendidih,
kacau masukkan pula butter, kacau rata sampai mendidih matikan api.
Bahagikan kapada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal, satu bahagian masukkan pewarna kuning.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli atau dalam
bekas pilihan sendiri (kak ruby letak acuan bunga mawar), ulangi proses melapis
ini hingga habis.
Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment