KUIH BUTIR NANGKA
Bahan untuk Butir Nangka:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
2 helai daun pandan
Pewarna hijau
Air untuk merebus secukupnya.
Cara
1.Campurkan 2 cawan tepung pulut dengan 1 cawan air.
2.Uli hingga sebati.
3.2. Bahagikan adunan kepada 2.
4.Warnakan satu adunan dengan warna hijau, & satu
lagi dibiarkan putih.
5.Jerang air 3/4 periuk + daun pandan hingga mendidih,
gentelkan adunan tadi menjadi bentuk bujur sebesar jari manis.
6.Celurkan kedalam air mendidih. Buat sampai habis
adunan.
7.Butir Nangka yang dah masak akan timbul &
terapung.
8.Toskan & masukkan ke dalam kuah.
Bahan untuk kuah
1 biji santan kelapa (800ml)
½ cawan gula pasir (kalau nak manis lebihkan)
½ sudu teh halba
½ sudu teh
garam
2 helai daun pandan.
Cara Memasak
Kuah
Satukan
kesemuanya kedalam periuk.
Sentiasa kacau
hingga mendidih. Jangan sampai pecah minyak.
Masukkan butir
nangka tadi.
Biarkan mendidih sekejap tutup api
Boleh dihidangkan
*Cara kak ruby
guna 1 cwn je santan sbb kak ruby suka lemak sangat
supaya kuah jadi pekat kak ruby campur dengan sedikit bancuhan tepung gandum
No comments:
Post a Comment