NONA MANIS KELADI
Bahan A
1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
½ cwn gula
1 biji telur
Cara
Kacau rata semua bahan dlm bekas, blender pun boleh –
ketepikan
Bahan B
¼ cwn tepung jagung
¼ cwn gula
½ cwn santan
½ cwn air + 1 ketul keladi saiz kecil, rebus, potong
kecil2, blender
1 sudu kecil pewarna purper
Secubit garam
Cara
Satukan semua bahan dlm periuk, kacau rata. Kemudian masak katas api perlahan sehingga
pekat, ketepikan, biar suam. Dah suam
campurkan bahan A tadi ke dalam periuk bahan B.
Kacau rata bagi sebati, blender lagi senang utk hilang
kan yg berketul. Tuang dlm jag kecil.
Bahan C
2 cwn santan kotak + 1 cwn air / boleh guna santan
segar
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara
Kacau rata bahan C dlm periuk. Adunan ni mesti rasa
sedikit masin. Kemudian masak katas api
perlahan, sentiasa kacau sehingga menggelegak/sedikit likat. Tidak cair dan tidak pekat sangat.
Tutup api.
Tuang dalam botol sos cili yang kecil. Acuan lompang sapu dgn sedikit
minyak.
Tuang adunan hijau ¾ dlm acuan. Kemudian masuk muncung botol sos kat tengah2
adunan hijau (dlm sikit)Paipkan hingga Nampak adunan hijau naik/penuh acuan.
Panaskan pengukus sehingga mendidih, kukus selama 10
minit.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan nona manis dari acuan.
sedapnyer....
ReplyDelete