PUDING KARAMEL
Bahan
5 biji telur
1 1/2 cawan gula - 1 cwn dijadikan gula hangus + sedikit
air
1 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air
Cara
Sapu sedikit butter di dalam loyang.
Masukkan gula yang sudah hangus tadi, ketepikan.
Telur dipukul bersama 1/2 cawan gula hingga kembang,
masukkan susu cair dan esen vanila, masukkan juga bancuhan kastard bersama 1 cawan air. Kacau sebatikan.
Kemdian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus
tadi.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dalam peti ais dulu baru terbalikkan.
No comments:
Post a Comment