Thursday, 5 January 2017

Brownies Kedut sedap n senang

Assalammualaikum dan selamat tahun baru, nampak nya ini lah resepi kak ruby yang pertama dalam tahun 2017.  Memang sedap brownies kedut ni, lebih sedap lagi kak ruby letakkan walnut hancur dan tabur dengan badam slices..terima kasih pada tuan punya resepi, kak ruby ambil dari rakan fb.


BROWNIES KEDUT

Bahan
230 gm coklat compound - potong kecil2
180 gm gula kastor – boleh kurang kan150 gm kalau nk kurangkan manis
85 gm buter anchor
85 gm tepung gandum /tepung superfine /tepung kek
23 gm serbuk koko
2 biji telur A
1 sdk esen vanilla





Cara
Cairkan butter dan coklat cara double boiler dah cair sejukkan sebentar, ayak tepung dan serbuk koko.
Pukul telur dan gula sehingga kembang putih.
Masukkan adunan coklat dah suam2 ke dalam adunan telur kacau pakai senduk jer.. masukkan tepung kacau pun guna senduk sahaja,  dah sebati masukkan esen vanilla. Sebatikan lagi.
Lapik loyang dgn kertas baking lebihkan tepi supaya senang nk angkt keluar bila kek sudah masak.. panaskan oven suhu 160c..api atas bawah tuang adunan dalam loyang rata kan dgn sudu.bakar kek suhu 160c 25-30mint ikut oven masing2.
Kek dah masak jgn terus keluarkan dri oven buka sikt pintu oven agak2 dlm 15-20 mint baru keluar kan keknya.

*Nak sedap lagi boleh tabur badam cincang bersama coklat cip 

No comments:

Post a Comment