KEK COKLAT CHEESE LAVA
BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan
2 biji telur Gred A
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak
Cara
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan
gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai (
masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar
KRIM CHEESE
250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu
bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan
cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht
whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek
COKLAT LELEH
300 gm coklat
masakan
300 gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan
nutella
Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler
hingga menjadi ganache
STEP MELAPIS KEK
1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras
dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2
SAHAJA
wah kak ruby saya je belum try ni
ReplyDeletenanti nak cuba buat jugak lah