LAPIS PELANGI
Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan santan (1cwn santan pekat cmpurkan bersama 3
cwn air)
1/4 sudu teh garam
7 warna pelangi
Cara
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sebentar
biar jadi suam-suam kuku, tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung,
gula dan garam kedalam mangkuk, masukkan santan tadi, gaul rata hingga tidak
berbintil.
Bahagikan adunan kepada 7 bahagian, dengan ukuran 1
cawan setiap satu bahagian, warnakan satu bahagian dengan warna pelangi,
Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak kedalam kukusan.
Tuang mana-mana je 1 warna ke dalam loyang dan kukus
selama 5 minit, masuk warna ke dua kukus lagi selama 5 minit. Ulang proses ini hingga habis 7 lapisan
dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Sejukan terlebih dahulu sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment