Terima kasih Hana, resepi.
Kek pisang marble coklat
Bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk
lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg
gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - hana kurangkan 150g je
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dngn
1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar
dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan
pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah
digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya
naik sekali ganda.
terliurnyaaaa tengok kek... nyumnyummm
ReplyDelete