KUIH PUTERI MANDI
Bahan
1 1/2 cawan tepung pulut
air secukup nya
sedikit pewarna - pilihan sendiri
Cara
Masukkan air ke dalam tepung secara sedikit demi
sedikit, sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.
kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian yang
disukai, warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan sendiri. Bulat-bulatkan semua adunan sebesar buat
guli, ketepikan.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, bila air
mendidih masukkan bebola kecil tadi sambil ditekan menjadi leper, rebus lah
hingga ia timbul, angkat. ketepikan.
Cara membuat kuah nya
1/2 biji kelapa putih - klu boleh kelapa muda
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit garam
Cara
Masakkan gula, air, daun pandan dan garam hingga
larut, masukkan kelapa kacau hingga pekat.
Masukkan puteri kacau rata, tutup api angkat.
menarik..cukup menarik..
ReplyDelete