BINGKA JAGUNG
Bahan
2 cawan jagung* yg sudah dihiris-hiris ( kisar )
2 cawan santan pekat* / kisar bersama
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen jagung / vanila
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya / tabur
Cara
Kisarkan jagung bersama santan.
Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan
garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung
kastard. Kacau hingga rata. Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan
kacau lagi.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Sapukan loyang
empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke
dalam loyang. Taburkan bijan di atas adunan. Bakar selama 1 jam.
No comments:
Post a Comment