Petang nanti boleh celebrate hari lahir dan habiskan kek kastad coklat yang sedap ni.....
KEK KASTAD COKLAT
sumber : syapex
Bahan untuk kek
150 gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 sudu teh ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan serbuk koko
50 ml minyak masak
Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun
kecuali minyak masak.
2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau
hingga adunan berkrim.
3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula
hingga sebati.
4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api
atas dan bawah.
6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di
tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
Bahan untuk kastad coklat
400 ml susu cair
600 ml air
1 cawan gula kastor
15 gm agar-agar tali
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
Secubit garam
2 sudu makan serbuk koko
Cara
Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
Kemudian Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat.
Kacau guna whisk
Bila dah likat, tutup api.
Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak
layer pada kek.
Cara melapis kek kastad
Sedikan loyang. Lapik dasar loyang
dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil
sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan
ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan
kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian
tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek
dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit
loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari
tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang.
Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk
sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
No comments:
Post a Comment