Nuffnang Ad

Tuesday 13 July 2021

Soto Ayam


SOTO AYAM                                                                                    
 
Bahan
1 ekor ayam – potong 4
1 peket rempah soto
¼ sudu kecil serbuk lada putih
3 cawan air
4 sekawan – bunga cengkih, bunga lawing, kayu manis dan buah pelaga
 
Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 ulas merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia – dihiris
1 batang serai – diketuk



 


Cara masak
Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar, hingga naik bau dan sedikit kekuningan.  Masukkan ayam bersama rempah soto, kacau hingga sebati, masukkan air, serbuk lada putih dan garam.  Masak sehingga mendidih dan ayam masak.  Keluarkan ayam, dan  gorengkan hingga luarnya garing (kalau tak suka goreng pun boleh) angkat dan carik-carikkan ayam, ketepikan.
 
Sambal Kicap
Bahan
2 genggam cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
 
Cara
Cili padi dipatah 2, kemudian goreng sekejap bersama bawang putih, Kisarkan dalam blender Bersama kicap (kicap tu biar tutup paras cili) Kisar hingga hancur semuanya.
 
Bergedil
Bahan
5 biji kentang – kupas kulit dan potong kecil-kecil
3 sudu besar daging kisar/ayam kisar
3 sudu besar bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit lada sulah
Garam
1 biji telur
 
Cara
Ubi kentang di goreng atau di rebus hingga lembut. Lenyek ubi kentang semasa masih panas, masukkan daging kisar, daun sup, lada putih dan garam. Gaul sebati, bentuk-bentukkan seperti bergedil. Panaskan kuali, pecahkan telur, kacau sebati, celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga masak.
# Untuk mengelakkan bergedil dari hancur, masak hingga bahagian bawah keras baharu terbalikkan.


1 comment:

  1. Top 5 best Casino in Las Vegas (Las Vegas) | MapYRO
    Best Casino in Las 구리 출장안마 Vegas, Nevada, USA · Top Best Casino in Nevada · 1. 서산 출장샵 Bally's 밀양 출장샵 Las Vegas, NV 김제 출장샵 · 2. Caesars Palace · 3. Bellagio Las 화성 출장샵 Vegas.

    ReplyDelete