Nuffnang Ad

Wednesday, 29 April 2015

Kek Span Cheese di Hari Lahir

Assalammualaikum, tanggal 18 April yang lalu genap lah usia kak ruby 57 th. hihihi dah nenek kan, tak kisah lah tu, yang penting alhamdulillah kesihatan masih lagi sihat.......terima kasih Allah sesungguhnya hamba Mu ini masih lagi dapat melihat alam ciptaan Mu dengan kuat dan sihat, masih boleh berlari, berjalan, menangis dan tersenyum.  Sekali lagi terima kasih Allah......


KEK SPAN CHEESE

Bahan 
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
150 gm gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
Perisa dan pewarna oren

 

Cara
Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa dan pewarna oren, satu bahagian lagi biarkan warna asal.
Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180c.  Bila masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek, lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek kempis.
Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.

 UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Wednesday, 15 April 2015

Pau Goreng Sambal

Assalammualaikum, Pagi tadi kak ruby sarapan pau goreng....terbanyak pula buat, hihihi jadi bawa lah sampai kepetang, tapi pau masih lagi lembut......petang nya kak ruby jadikan pau goreng sambal pula, okey kan dua dalam satu, cuma buat kan sambal ikan bilis dan letak timun, sedap pula tu. tidak lah membazir.


PAU GORENG SAMBAL




Pau Goreng



PAU GORENG

Bahan
250 gm tepung roti - kak ruby guna tepung pau
250 tepung gandum
100 gm gula
11 gm yis kering
2 biji telur - kak ruby guna 1 je
300 ml air
50 gm butter
50 gm shortening
* apa2 inti kesukaan





















Cara
Pastikan yis hidup dulu, seperti biasa lah campurkan yis dengn air suam, biarkan hingga berbuih.
Satukan gula dengan air 300 ml kacau hingga gula larut.
Dalam mangkuk satukan semua bahan termasuk yis yg sudah berbuih dan juga air gula, kecuali butter dan shortening.  Gaul sebati, baru masukkan butter dan shortening, gaul rata dan terus uli hingga adunan menjadi lembut dan licin.
Perap hingga naik sekali ganda, tumbuk keluarkan angin...bulat2kan dalam anggaran 40 gm setiap satu....biarkan dalam 10 minit, masukkan inti kesukaan masing2, bulatkan lagi, perap lagi dalam 10 minit lagi...
Kemudian goreng dengan api kecil hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.  


Monday, 13 April 2015

Kek Marble Yang Lembut



Kek Marble Lembut
resepi :: Azie Kitchen

Bahan 
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco) 


Cara
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna.
Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 50 minit atau sehingga masak..

Sunday, 5 April 2015

Kek Pisang Kukus yg gebu



KEK PISANG KUKUS
resepi asal : Mat Gebu

Bahan
250 gm tepung gandum*
5 biji pisang - dilecek halus
5 biji telur
150 gm gula halus - kak ruby kurangkan
125 gm  mentega - dicairkan dan disejukkan
100 gm minyak jagung
1 sudu teh soda bicarbonate*
1 sudu teh baking powder*
15 g ovallate
1/2 sudu teh garam


















Cara
Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur kesemuanya dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat, pelahankan speed dan masukkan pisang,  gaul sampai rata.
Masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda bicarbonate dan baking powder berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung, gaul sebati.
Masukkan kedalam acuan kek pisang yang sudah disapu dengan sedikit mentega


Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
 *Resepi asal kek ni dibakar, tapi kak ruby kukus

Saturday, 4 April 2015

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi

Assalammualaikum, dua minggu yang lepas, kak ruby balik kampung, kampung kelahiran dan kampung kesayangan kak ruby, banyak kenangan manis waktu zaman kecik2 dulu, huuuuu tak boleh dingatkan mesti kak ruby menangis punya.......seperti yang terdapat dalam lagu hari raya ciptaan Allahyarham P. Ramli....."apa kan daya masa tak akan kembali"......okey lah sentimental pula kak ruby.
Dikampung kakak kak ruby banyak pelihara itik, langkah kanan rupa nya kak ruby, apa tidak nya masa kak ruby balik itik2 sedang bertelur, banyak !!!!!!!. Apa lagi peluang kak ruby lah dapat kan telur pecuma hihihi dapat lah 15 biji......
Terima kasih kakak ku, sesungguh adik mu ini sangat menyayangi mu, sayang sangat2......InsyaAllah kita akan jumpa lagi, dan kak ruby akan kembali lagi kekampung halaman yang penuh dengan seribu satu kenangan.


TELUR ITIK MASAL LEMAK CILI PADI

Bahan
4 biji telur itik
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup* - kak ruby guna kunyit serbuk je
8 biji cili padi*
4 biji cili merah*
2 batang serai - dititik
4 keping asam gelugur
santan dan garam secukupnya


Cara
Kisar bahan yang bertanda *, Masukkan dalam periuk masukkan jugak serai, asam gelugur dan santan cair kacau rata dan masak hingga mendidih, kecilkan api sementara itu pecahkan telur itik sebiji demi sebiji ke dalam bekas jangan sampai telur merah pecah, kemudian masukkan kedalam periuk yang sedang mendidih, kuat kan api sedikit biarkan hingga telur putih masak, kacau perlahan supaya telur merah tidak pecah, masukkan santan pekat atau pati santan dan garam.
Masak lagi hingga mendidih dan rasa secukupnya, tutup api.  

Wednesday, 1 April 2015

Kuih Gulung lagi




KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
* inti kelapa secukupnya



















Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas hingga sebati.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.