Nuffnang Ad

Thursday 29 January 2015

Roti Arab



ROTI ARAB

Bahan :
500 gm tepung gandum
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak jagung
2 sudu gula
300 ml air suam
6 gm yis
sedikit garam






Cara :
Tepung gandum digaulkan bersama yis ketepikan.  
Mentega, minyak jagung, garam dan gula dibancuh dengan air suam.  Kemudian campurkan kedalam tepung tadi, dan uli lah hingga licin dan kental.
Perap selama 1 jam dalam bekas yang tertutup.  Uli semula dan buat bulat2 kecil, dan canai nipis.
Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembong dulu baru terbalikkan, angkat.

*Roti ni sedap dimakan bersama kari ayam, sambal ikan bilis dan juga bubur kacang.....

Puding Roti

Assalammualaikum, sekarang dah musim panas, apa kata kita makan puding untuk sejuk kan tekak, aduuuuh sedap sangat, lebih sedap lagi keluar je puding dari peti ais terus makan........


PUDING ROTI

Bahan
4 keping roti
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh kurang
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 sudu besar butter- dicairkan
pewarna apa2 yg disukai

















Cara
Masak 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi, kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sedang mendidih, kacau masukkan pula butter, kacau rata sampai mendidih matikan api.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian. Satu bahagian warna asal,  satu bahagian masukkan pewarna dan satu bahagian lagi letak lah warna pilihan sendiri.
Tuang ke dalam loyang atau acuan kecil2 secara berselang seli, 1 senduk warna asal, 1 senduk warna pilihan dan 1 senduk lg warna pilihan, ulangi proses melapis ini hingga habis.

Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.

Wednesday 21 January 2015

Cek Mek Molek



KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan
3 ketul keledek
tepung gandum secukupnya
gula pasir secukupnya
minyak untuk menggoreng

















Cara
Keledek direbus hingga empuk dan masukkan sedikit garam, biarkan sejuk sedikit, kemudian lecek hingga halus (boleh jugak ditumbuk dengan menggunakan lesung tumbuk sambal).
Masukkan tepung gandum secara sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
Bulat2kan adunan seperti bebola kecil, leperkan sedikit masukkan setengah sudu kecil gula pasir, tutup gula dan bentukkan menjadi bujur.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan.

Tuesday 13 January 2015

Pai Ayam guna puff pastry

Assalammualaikum,  kali ni kak ruby malas sikit tapi nak makan pai ayam jadi nak senang kan kerja kak ruby guna puff pastry, uli-uli sikit potong dah siap masukkan inti ayam, kemudian bakar kan senang, kejap je dah boleh makan. sedap pun sedap.


PAI AYAM

Bahan
1 paket puff pastry - jenama kawan
1 biji kuning telur - utk sapu diatas pai

Bahan inti
1 cwn isi ayam - potong halus
1 cwn cendawan butang - hiris nipis
1 tin sup cendawan butang campbell - k ruby tak letak
1 tin kecil kacang pis
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji kentang - dipotong dadu dan direbus
1 sudu besar lada sulah
2 sudu besar mentega/minyak masak
sedikit air

















Cara
Panaskan mentega, masukkan bawang besar goreng hingga kekuningan, masukkan isi ayam dan masak hingga air ayam kering, masukkan sup cendawan, cendawan, kentang, kacang pis, air dan lada sulah.  Kacau hingga sebati, setelah masak angkat dan ketepikan.
Canai kulit pai dan letakkan kedalam aluminium foil cup sebagai lapisan bawah, dan cucuk sedikit dengan garfu, bakar selama 5 hingga 6 minit.
Canai kulit pai lagi setebal 2cm dan letak diatas inti pai sebagai lapisan atas.  Sapukan sedikit kuning telur yang sudah dicampur dengan 2 sudu kecil air utk mengilatkan permukaan pai.


Bakar selama 20 minit atau hingga masak dengan suhu 180c.

Monday 5 January 2015

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Bahan A
250gm cream cheese
50gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara
Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati.  Masukan telur diikuti dengan air dan tepung gandum, pukul lagi dan gaul sebati.  Biarkan sebantar.


Bahan B (kek)
2 biji telur
1 cwn gula
1 sudu kecil vanila
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung
1 cwn tepung gandum *
3 sudu besar serbuk koko *
1 sudu kecil baking soda *
1/2 sudu kecil baking powder *

















Cara
Ayak bahan yang bertanda * ketepikan dulu
Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan vanila dan garam, masukkan air panas, susu dan minyak jagung gaul sebati,  masukkan bahan * yang sudah diayak tadi, gaul sebati lagi, biarkan sebentar.  Bahagikan kpd 2 bahagian sama banyak.

Cara memasak
Panaskan kukusan dan balut penutup nya dengan kain, guna api sederhana je.  Sapukan sedikit minyak/butter disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuangkan adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit, selepas itu tuangkan pula adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15 minit.  Akhir sekali tuang adunan coklat dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga masak.
Setelah betul2 sejuk, bleh dipotong dan hidangan.