Nuffnang Ad

Thursday, 27 February 2014

Kek Lapis Asam Manis lagi



KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan:
10 biji telur
200 gm tepung biskut marie
100 gm tepung hongkong
450 gm mentega
1 sudu besar ovellete
1 sudu kecil esen vanila
150 gm gula halus (kak ruby kurangkan)
300 gm susu pekat manis (kak ruby kurangkan)
Asam manis (howflake) secukupnya
pewarna pilihan sendiri


 

Cara
Pukul telur, gula, esen vanila dan ovellete hingga kembang.  Dalam bekas lain putar mentega dan susu pekat hingga putih berkrim.
Kemudian satukan kedua-duanya, masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong, kacau sebati hanya gunakan spatula je dan kemudian putar lg 1 minit utk pastikan adunan benar2 sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan.
Bakar selapis-selapis dan susun dengan asam manis setiap lapisan.


Untuk lapisan pertama gunakan api atas bawah,  untuk lapisan kedua dan seterusnya api ATAS saja.

Tuesday, 25 February 2014

Goreng Sukun

Assalammualaikum,  buah sukun ialah buah yang kak ruby tidak pernah kenal dan tahu tau pun, sehingga lah kak ruby berumah tangga, baru lah kak ruby tau apa itu sukun.......itu pun setelah kak ruby pergi ke rumah keluarga sebelah suami kak ruby, pertama kali makan tertanya-tanya buah apa ni? tak pandai nak menilai sedap ke tidak.....bila sudah selalu makan baru terasa kesedapan goreng sukan,  terutama sekali bila makan panas2 ooooo sedap rupa nya.   Sekarang kak ruby jadi peminat setia sukun,  sedap jugak di goreng begitu saja tanpa gunakan tepung, cuma selepas dicuci gaul kan dengan sedikit garam, kemudian goreng sedap.
  

GORENG SUKUN

Bahan
1 biji buah sukun
 - dikupas dan dibersih, potong dgn cara tersendiri, bersih lagi sekali dan toskan.

Bahan lain
tepung beras *
tepung gandum *
sedikt garam *
sedikit kunyit *
air secukupnya
minyak untuk mengoreng



                     buah sukun yg digoreng tanpa tepung

Cara
Campurkan bahan yang bertanda *, masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Kemudian celupkan sukun yang ditoskan, dalam adunan tepung,  goreng lah hingga kekuningan




Sunday, 23 February 2014

Donat lagi

Assalammualaikum, terasa pula tekak ni nak makan donat.......tapi kali ni resepi donat lain sedikit dari yang selalu kak ruby buat, resepi ni kak ruby ambil dari rakan fb iaitu adik Aida kesayangan kak ruby......kak ruby ikut je apa yang aida tulis, alhamdulillah jadi dengan jayanya. Terima kasih adik aida.


DONAT

Bahan
500 gm tepung berprotein tinggi/tepung gandum
11 gm yis
200 ml air sejuk (dr peti sejuk)
50 gm marjerin/mentega
1 sudu mkn shortening
2 sudu mkn gula pasir
2 sudu mkn susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh dough softener
1/2 sudu teh garam





Cara
Didalam bekas besar, tuangkan air suam.  Masukkan yis segera, gula, susu, marjerin dan shortening.  Kacau sedikit dan biarkan selama 8 - 10 minit.
Bila yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus kedalam adunan, masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.  Kacau adunan sehingga sebati.
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah di uli menggunakan tangan, tak perlu habiskan tepung tapi kalau adunan masih lg lembek boleh tambah tepung.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.  Doh tidak perlu direhatkan (kalau nak rehat kan, pun boleh gak selama 5 - 10 minit) boleh terus  sahaja dicanai setebal 1 1/2 inci,
Terap doh mengikut acuan donat atau bentuk kesukaan sendiri, Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dgn api perlahan.  Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Goreng sehingga kekuningan dan toskan, sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping.

*kak ruby mix semua bahan dan uli terus.               

Saturday, 22 February 2014

Air Epal Hijau

Assalammualaikum,  Di luar masih lagi cuaca panas setitik hujan pun belum turun, malah semua empangan sudah hampir ke tahap kritikal, kebakaran makin menjadi-menjadi sana sini terbakar....... bagi kak ruby  alhamdulillah walau apa sekali pun keadaan, sebab Allah Maha Mengetahui..........
Jadi untuk hilangkan dahaga dan nak sejukkan tekak,  kak ruby publish kan pula air epal hijau, ini pun salah satu dari air kesukaan kak ruby.   Boleh dikatakan setiap hari kak ruby minum, kalau penyakit malas tu datang mula lah 4 atau 5 kali je seminggu.  Sedap tau minum sejuk2 hilang rasa panas.
    

EPAL HIJAU
Disini kak ruby cerita kan sedikit perihal khasiat epal hijau, yang kak ruby baca dari internet........
Epal hijau memang banyak khasiat sebab kandungan nutrisi nya yang tinggi.  Seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, sodium, vitamin A, B, C dan serat yang mudah larut.
Sebahagian kandungan vitamin C nya terletak dibawah kulit,  Oleh itu digalakkan makan epal hijau dengan kulitnya sekali.  Yang paling kak ruby suka sekali epal hijau ni boleh mengurangkan berat badan.


Khasiat epal hijau
Menghalang pembinaan plaq kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurang risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
Menguatkan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Mengekalkan berat badan.
Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
Mengurangkan risiko mendapat penyakit  barah.


Thursday, 20 February 2014

Air Soya

Assalammualaikum, air soya satu lagi air kesukaan kak ruby, kak ruby suka air ni.........kak ruby mula pandai buat air soya dan suka minum sewaktu kak ruby mengadung anak pertama,  entah,  waktu tu suka sangat, boleh dikatakan setiap hari kak ruby minum, apa lagi kalau pergi pasar malam kak ruby akan beli tiga empat  bungkus kemudian simpan dalam peti ais, bila dah sejuk berulang ulang kak ruby minum.
 
Dari situ lah timbul ingin buat sendiri........ bukan nya susah sangat pun, hanya mesti ada kerajinan je,  sebagai permulaan kak ruby beli kacang soya 500 gm iaitu 1/2 kilo.  Rendam semalaman bagi kacang kembang, pastu cuci bersih dan toskan, masukkan ke dalam blender masukkan air bersih sampai tengelam kacang soya, blend hingga halus.  Kemudian tapis dengan menggunakan kain kasa putih, sambil itu perah sampai air nya keluar habis.  Boleh lah dimasak bersama sedikit garam dan daun pandan yang disimpul.  Masak sampai mendidih dengan api perlahan je, tutup api.  Bila nak minum baru masukkan air gula.  Boleh diminum panas-panas atau pun sejuk.  Itu lah cara kak ruby.


Khasiat Kacang soya
Tidak perlu dicerita lagi semua orang suka minum air soya,  apa tidak nya cuba pergi pasar malam, bertong-tong air soya jual disitu,  ini mungkin semua orang sudah pandai dan tahu khasiat air soya yang tinggi protein nya.


Seperti yang kak ruby baca dalam internet.......dan kak ruby share pula disini ye.......
Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan ia juga lebih murah daripada daging, susu ataupun telur.   Kacang soya mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.
Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsiam, sodium, manganese, magnesiam, iron dan fosforus, vitamin A,B,C,dan D, serta lesitin yang boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu, manakala protein yang terdapat pada kacang soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Itu lah yang kak ruby baca, apa-apa pun semua nya hanya dengan izin Allah jua.


Air Minuman Kak Ruby

Assalammualaikum, kali ni kak ruby nak kisah kan pula air yang selalu kak ruby minum.....air ni sudah lebih dari 10 tahun kak ruby minum, tapi bukan lah setiap hari kak ruby minum, dalam sebulan 3 hingga 4 kali kak ruby minum. pada mula nya memang lah tak sedap, demi kesihatan jadi suka pula........Air daun pegaga itu lah nama air hijau ni.


DAUN PEGAGA

Pegaga atau nama saintifik nya cantella asiatica ialah sejenis daun atau ulaman yang begitu populur dikalangan orang-orang melayu. Walau pun ia sejenis tumbuhan kecil, tapi khasiat nya besar sangat-sangat.  Ia kaya dengan vitamin A dan vitamin C serta zat besi, ini menyebabkan wanita-wanita dalam berpantang sering dijadikan sebagai sayur-sayuran mereka.

Khasiat daun pegaga
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit berkedut, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awit muda, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyanyuk, mengawal keguguran rambut dan sebagainya.
Selain dari itu digunakan juga untuk menyebuh beberapa penyakit antaranya kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vigina,menghilangkan bintak-bintik hitam dimuka dan darah tinggi.  Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan.



Untuk Wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan nya, tapis dan sejukkan, setelah itu minum lah sekali sehari selepas makan malam, amalkan seminggu tiga kali., insyaAllah dengan izin Nya, wajah akan lebih berseri.

Kecutkan Peranakan
Bagi wanta yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid boleh lah makan pucuk pegaga sebagai ulam.  InsyaAllah kalau diamalkan setiap hari peranakan akan kecut.

Menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka
Daun pegaga yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab, kalau diamalkan setiap hari, insyaAllah.

Wednesday, 19 February 2014

Kuih Lapis Tradisonal lagi

Assalammualaikum, kak ruby memang suka kuih lapis, hari ni kuih lapis lagi, warna merah pula hihihi.......sebenarnya gambar kuih lapis ni dah lama, entah tersorok kat mana pun tak tau, cari punya cari terjumpa lah pula........tengok....cara potong kuih ni tak berapa kemas kan, tak cantik,  pada hal  resepi nya sama seperti kuih lapis terdahulu yang warna hijau tu.......sebab nya yang ni kak ruby potong guna pisau biasa, yang cantik tu kak ruby guna pisau plastik......jadi kalau nak kuih muih nampak cantik dan kemas, guna lah pisau plastik masa memotong.



KUIH LAPIS TRADISIONAL

Bahan
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 cawan gula
125 ml santan pekat
900 ml air
garam secukupnya
pewarna hijau dan merah


 

Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak dan ambil setiap bahagian sebanyak 1/2 cawan, untuk jadikan 1 cawan, warnakan dengan warna hijau, ketepikan.
Yang 2 bahagian tu, 1 warnakan dengan warna merah dan 1 bahagian biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna merah kukus lagi, buat lah begitu berselang seli sampai lapis yang ke 3, masukkan adunan yang bewarna hijau tadi, kukus lagi, masukkan warna putih semula dan buat lah proses seperti diatas hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit

*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat.......  ni warna, corak dan cara kak ruby.

Tuesday, 18 February 2014

Puding Jelly Oren

Assalammualaikum, lega rasa nya tekak ni bila makan puding jelly oren yang sedap ni......memang cuaca kat luar panas sekali, terima kasih juwita.
 

PUDING JELLY OREN
resepi : Juwita Faris
 
Bahan
Lapisan Jernih
4 gm serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula (mengikut kemansian masing2)
sebiji oren (ambil jus nya dlm 50 ml)
sedikit pewarna kuning



Cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk
Setelah sebati masukkan perahan oren yang ditapis dan pewarna kuning ketepikan.

Lapisan Puding
4 gm serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula (ikut kemanisan masing2)
sebiji oren (ambil jusnya dlm 50 ml)


Cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukkan susu, perahan oren yang ditapis dan pewarna kuning.
Masak sekejap dan ketepikan.

Cara-cara untuk melalapis
Sediakan bekas yang sesuai.
Masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih, buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti ais sehingga benar2 keras
.
* Jika ingin dipotong sila kurangkan sukatan air bagi jelly, ini kerana jelly ini agak lembik.



Thursday, 13 February 2014

Talam Berlauk Lagi

Assalammualaikum, oleh kerana sedap nya kuih talam berlauk,  bahan inti nya pun masih berbaki lagi, jadi petang tadi kak ruby cuma bancuh adunan tepung je, dan kak ruby tambah pewarna kuning sikit untuk nampak kuning gitu..........kali ni kak ruby letakkan resepi sepenuhnya dari Azie Kitchen.
 

TALAM BERLAUK

Bahan
3 cawan tepung gandum
200 ml santan
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Cara
Satukan semua bahan dan blend.  Tapis dan tuang kedalam bekas, ketepikan asingkan 1/4 cawan.

Untuk lauk
200 gm udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit minyak utk menggoreng




Cara
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan angkat. Kemudian masukkan udang kering, setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibunag kulit diikuti dgn cili merah.  Bubuh sedikit serbuk lada sulah, gula dan garam secukup rasa.
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng td bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata, ketepikan.

Cara membuat talam berlauk
Tuang adunan bahagian bawah kedalam bekas yang disapu sedikit minyak, kukus selama lebih kurang 15 minit.  Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng td dan ratakan, Titiskan tepung yg diasingkan td sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk td untuk melekatkannya.                      

Wednesday, 12 February 2014

Puding Karamel Tanpa Telur



PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A
2 sudu besar gula pasir - dihanguskan
Bahan B
1 peket agar2 serbuk 10 gm
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar kastard
1 susu kecil esen vanila




Cara
Taburkan gula ke dalam loyang,  guna api kecil, masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang, ketepikan.
Satukan semua bahan B, kacau atas api, adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastard tidak bergentel.
apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuangkan kedalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan kedalam pati ais hingga puding mengeras.  Terbalikkan puding dan bolehlah dihidangkan. 


Tuesday, 11 February 2014

Talam berlauk

Assalammualaikum,  cuaca hari ni lebih lagi panas dari semalam, kak ruby jemur kain 1 jam je sudah boleh diangkat, risau pula lama2 di jemuran nanti kain baju jadi kelabu ialah panas kuat sangat........walau apa pun terima kasih Allah dengan cuaca hari ni, tentu ada rahmat disebalik cuaca panas............selepas masak tengahari tadi sempat jugak kak ruby buat talam berlauk untuk minum petang dan jugak untuk malam.

Resepi nya untuk adunan tepung kak ruby guna resepi dari rakan blog Azie,  tapi untuk inti kak ruby buat cara kak ruby sendiri, sebab kak ruby guna bahan2 yang ada di rumah je, nak keluar pegi pasar beli udang bagai  malas lah pula dalam panas2 macam ni,  jadi kak ruby buat lah cara kak ruby,  yang pasti talam berlauk tetap sedap.
   

TALAM BERLAUK

Bahan
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap ayam/1 cwn santan pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur
1 sudu teh gula
2 sudu teh garam atau secukup rasa




Cara
Satukan semua bahan dan blend.  Tapis dan tuang ke dalam bekas, ketepikan,  (asingkan 1/4 cawan untuk dititiskan sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk supaya melekat).
Tuangkan adunan ke dalam bekas loyang atau bekas kecil2 yang sudah disapu dengan sedikit butter atau minyak, kukus selama 15 minit.
Kemudian buka kukusan dan tabur bahan lauk dan jugak bahan hiasan yang dirihis.  Titiskan jugak bahan adunan yg ditinggalkan 1/4 tadi.
Kukus semula selama 20 minit.

Bahan Inti
200 gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
minyak utk menumis

Untuk hiasan 
Daun sup, daun bawang - diriris
2 biji cili merah - diriris
bawang goreng secukupnya



Cara
Tumbuk bahan yang bertanda *, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar dan sedikit air dan garam,  masak dan kacau-kacau hingga air nya kering.  Angkat dam letepikan. 


 


Monday, 10 February 2014

Pengat Keledek 3 warna



PENGAT KELEDEK 3 WARNA

Bahan
1 ketul keledek kuning
1 ketul keledek putih
1 ketul keledek ungu
200 ml santan
2 cawan air
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
3 sudu besar sagu
garam secukupnya
2 helai daun pandan - disimpul




Cara
Semua keledek dikupas, dicuci bersih dan dipotong dadu. Sagu direndam sekejap.
Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali sagu, masak hingga mendidih atau hingga keledek empuk sedikit, masukkan sagu kacau-kacau,  biarkan mendidih sekejap, tutup api.  boleh dihidangkan.

Saturday, 8 February 2014

Buah Rotan

Assalammualaikum, dalam minggu ni kak ruby suka pula buat kudapan........mungkin seronok kot mengunyah di musim panas ni, tapi memang tak terasa bila-tiba habis je, semalam pun sama makan vadai sampai tak terasa habis..........lepas ni apa pula yang kak ruby nak goreng hihihi.......... nnti kak ruby cari resepi dulu ye.   Untuk resepi buah rotan ni maaf banyak2,  kak ruby tak ingat pula sapa tuan punya resepi, sebab banyak sangat resepi buah rotan dalam blog, dah terlupa dari blog mana kak ruby ambil.  Sekali lagi maaf di pinta.........
 

BUAH ROTAN

Bahan
500 gm tepung pulut
200 gm santan pekat
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1/2 cawan air
Bijan secukupnya
Minyak utk menggoreng




Cara
Larutkan gula dalam santan, campur sekali dengan telur. Masukkan tepung pulut gaul hingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dikacau dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut dan licin tetapi tidak melekat di mangkuk, boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
Bulat-bulatkan doh menjadi bebola bersaiz 1 cm atau bebola kecil, dan golekkan dalam bijan, buat lah hingga adunan habis.
Panaskan minyak dengan api sederhana kecil.  Goreng hingga kekuningan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

 
*sepanjang masa menggoreng api hendak lah sentiasa kecil, supaya buah rotan tidak meletup. 

Friday, 7 February 2014

Kuih Vadai



KUIH VADAI
resepi dr; my Kuali

Bahan
250 gm kacang dhal
3 biji cili kering - digunting halus
1 tangkai daun kari - diracik halus
1/2 biji bawang besar - diracik halus
1 sudu teh jintan manis - biarkan sebiji sebiji
1/2 sudu teh garam
minyak utk menggoreng





Cara
Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak ruby rendam semalaman) tos hingga kering.
Kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang dhal yang tak hancur.
Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.  Leperkan atas tapak tangan yang diatas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak, supaya ia tidak  melekat.
Susun diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak.
Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.

Thursday, 6 February 2014

Puding Karamel lagi

Assalammualaikum, waktu cuaca panas2 macam ni,  dapat makan puding karamel sejuk2 baru keluar dari peti ais, aduuuuuuh lega rasa tekak.........sedap sangat hilang rasa bahang panas......ni kak ruby buat pagi tadi, makan tengahari dan petang, rasa tak cukup nak lagi......tu lah sampai terlupa nak ambil gambar masa sebiji belum dipotong,  dah dipotong-potong baru teringat nak publish kat kayumaniskorner.


PUDING KARAMEL

Bahan
5 biji telur
1 cawan gula - 1/2 cwn dijadikan gula hangus + sedikit air
1 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 gelas air



Cara
Sapu sedikit butter di dalam loyang.
Masukkan gula yang sudah hangus tadi, ketepikan.
Telur dipukul bersama 1/2 cawan gula hingga kembang, masukkan susu cair dan esen vanila, masukkan juga bancuhan kastard bersama 1 gelas air.  Kacau sebatikan.
Kemdian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dalam peti ais dulu baru terbalikkan.

*kalau suka manis boleh tambah gula masa buat gula hangus jadikan 1 cwn,