Nuffnang Ad

Tuesday, 24 September 2013

Kuih Gulung/Ketayap

Hihihi ni kuih minum petang semalam, kak ruby ni memang terlewat atau lambat nak publish dalam kayumaniskorner, ni pun curi2 masa je sekejap......sibuk lah dengan kerja2 rumah dan benda2 lain lagi.....kali ni kak ruby cuba resepi kuih gulung dari yatie pula,  saja2 nak rasa resepi kuih gulung yatie sebab kak ruby nampak cantik sangat kuih gulung yatie......bila dah buat baru tau, memang senang, sedap dan cantik, terima kasih yatie.


KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
1 sudu besar minyak masak *

Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas kecuali minyak hingga sebati baru masukkan minyak dan sebati kan lagi.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.


 

Bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu mkn gula pasir

1/4  cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar tepung jagung


Cara
Masukkan semua bahan dalam periuk, masak hingga air kering angkat dan buang daun pandan.

Monday, 23 September 2013

Pajeri Rebung

Assalammualaikum, sudah 1 minggu kak ruby cari rebung tak jumpa-jumpa, tapi 3 hari lepas kak ruby balik kampung suami kat Port Dickson, di tepi pantai PD tu ada Pasar Malam hari Sabtu, disitu lah kak ruby dapat kan rebung, hihihi seronok kak ruby rm 3 satu longgok ada 3 pucuk.  Tengahari tadi kak ruby masak lah.......kak ruby teringin sangat nak makan, sebab waktu balik Kedah beberapa minggu lepas, tak sempat nak makan cuma dengar cerita je pajeri rebung ni sedap, kata kakak dan jugak saudara masa di Kedah.......memang kak ruby pun biasa makan masa kak ruby kecik2 dulu, masa sekolah di Terengganu, memang sedap, kak ruby terkenang waktu tu......... sudah 20 tahun lebih kak ruby tidak merasa nya, tu lah kak ruby cari jugak rebung dan masak untuk mengembalikan citarasa pajeri rebung........memang sedap dapat rasa kemanisan rebung.....
      

PAJERI REBUNG

Bahan
3 pucuk rebung yg sederhana besar
8 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
1 1/2 cawan santan
garam, gula dan minyak secukupnya
 
Bahan tumis
1 inci kayu manis
1 1/2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga




Cara
Rebun dipotong besar dan dihiris nipis tidak putus, cuci bersih dan rebus dengan air dan 1 sudu besar gula hingga air kering,  ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda * , panaskan minyak tumis bahan tumis dan jugak bahan kisar hingga naik bau, masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan santan masak lagi hingga berminyak atau pecah minyak.  Kemudian masukkan halia, santan dan kerisik, kacau sebati masak hingga mendidih.
Masukkan rebung, garam dan jugak gula.  Masak lagi hingga pekat, rasa secukupnya tutup api.



Saturday, 21 September 2013

Wajik Delima

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu, pada hari cuti hari Malaysia 16 hb yang lepas kak ruby pulang ke kampung di gurun Kedah.  Seronok, bahagia dan best sangat di kampung dapat jumpa dengan semua kakak-kakak kak ruby, sebenarnya kak ruby ni anak bungsu......jadi ramai lah kakak, seronok  tak terkata bila kami berjumpa adik beradik, ialah bukan senang nak berkumpul semua dalam satu masa.......ini pun kami dapat berkumpul sebab kakak yang no 6 buat kenduri, perkahwinan anak nya.......dalam majlis ni kami adik beradik bersatu untuk menyiapkan segala nya, masing2 ada tugas, kak ruby bangga dengan adik beradik kak ruby hihihi.......kalau emak dan ayah masih ada tentu diaorang seronok tengok kami.  Al fatihah buat emak dan ayah............... sampai lupa, apa yang kak ruby nak muatkan dalam kayumaniskorner, asyik cerita kisah keluarga pula, tapi itu lah kesukaan kak ruby cerita kisah adik beradik.   Okey lah salah satu resepi dalam majlis kenduri ni kuih wajik, kak ruby terpikat dengan wajik ni sebab bewarna warni selalu nya wajik satu warna je, cantik sangat bila dah di masukkan dalam acuan kecik2 untuk diberi pada tetamu.  Kak ruby pun apa lagi semalam kak ruby buat lah nak publish dalam kayumaniskorner kak ruby ni nak kongsi dengan sapa sapa yang sudi mencuba.


.

WAJIK DELIMA

Bahan 
1 kg beras pulut
500 gm gula pasir  *
125 gm gula batu *
500 gm santan pekat *
1/2 sudu teh garam *
2 helai daun pandan - disimpul *
pewarna merah, hijau dan kuning


 

Cara
Bersih beras pulut dan rendam bersama pewarna selama 6 jam atau lebih (rendam dlm bekas yg berasingan warna).  Kemudian gaulkan beras pulut yang sudah berwarna, kukus hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali campurkan semua bahan yang bertanda * masak hingga mendidih dan agak pekat, masukkan pulut yang sudah di kukus tadi.  Kacau sehingga kering dan nampak pulut berkilat, tutup api.


 

Masukkan pulut dalam acuan pilihan dan sejukkan. 

Friday, 20 September 2013

Donat



DONAT

Bahan
500 gm tepung gandum
1/2 pekat yis mauripan (6 gm)
1 cawan air
1/2 cawan tepung susu
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula halus


 

Cara
Gaulkan tepung, yis dan baking powder ketepikan.  
Larutkan gula dalam air hingga larut.  Satukan semua bahan dalam bekas tepung tadi, uli hingga adunan jadi betul-betul licin, selama 20 minit.
Bulat-bulatkan adunan kecil (50 gm) dan biarkan selama 30 minit atau hingga naik 2 kali ganda.
Kemudian canaikan, dan potong dengan pemotong donat.  Biarkan lagi selama 15 - 20 minit  baru di goreng hingga masak. 


Thursday, 12 September 2013

Kek Lapis Angkasawan

Assalammualaikum dan salam hari Jumaat,  kek lapis angkasawan ni, ada lah kenangan kak ruby sewaktu kak ruby tinggal di sibu sarawak......disana, setiap hujung minggu kak ruby akan ke kelas belajar kek lapis, sebenarnya sudah bermacam kek lapis yang kak ruby belajar di sibu, terima kasih pada semua cikgu-cikgu yang mengajar kak ruby.......salah seorang cikgu kak ruby ialah Ling Arsat, dia banyak memberi ilmu dan jugak tip2 untuk membuat kak lapis sarawak, jasa mu Ling akan kak ruby kenang......kek lapis angkasawan ni adalah salah satu dari resepi cikgu Ling Arsat.  Kak ruby mohon maaf banyak2 pada cikgu2 sebab kak ruby sudah tukar sukatan dalam resepi contohnya gelas kak ruby jadikan dalam sukatan gm, supaya lebih mudah.
 

KEK LAPIS ANGKASAWAN

Bahan A
15 biji kuning telur
5 biji putih telur
1 sudu makan ovellate
180 gm tepung hong kong
200 gm gula halus
50 gm tepung susu nespray

Bahan B
16 oz mentega
1 tin kecil kaya
6 susu makan susu manis

Bahan C
100 gm coklat chip
1 sudu teh perasa blueberi
1 sudu teh perasa strawberry
pewarna biru, putih dan merah

 

Cara
Pukul semua bahan A hingga kembang. Pukul bahan B sampai putih. 
Satukan kedua-dua adunan dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, Warna biru beri perisa blueberi, warna putih/warna asal, dan warna merah beri perisa strawberi.
Lapiskan warna biru 1 cawan dan bakar sampai masak.  Kemudian lapiskan 1 cawan warna putih/asal dan taburkan dengan coklat chip bakar sampai masak, lapiskan warna merah dan bakar sampai masak.  Buatlah begitu sampai semua adunan habis.
Kepanasan api, ikut kepasanan oven masing2, biasa lah kek lapis, lapisan pertama api atas bawah, lapisan seterusnya api atas saja.
Acuan 8 1/2 x 8 1/2.
 


Kek Lapis Tembikai



KEK LAPIS TEMBIKAI

Bahan
16 oz mentega
10 biji telur ayam
250 gm gula halus - kak ruby letak 200 gm je
1 tin kecil susu pekat manis - kak ruby letak 1/2 tin je
200 gm horlick
1 tin kecil kaya
300 gm tepung hong kong
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
coklat chip secukupnya
warna hijau - pandan paste
warna merah - perasa strawberry


 

Cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu pukul lagi sampai putih, masukkan susu, kaya, horlick, tepung hong kong, baking powder dan esen vanila gaul rata dan sampai sebati.
Ambil 4 senduk, warnakan hijau (pandan paste), 3 senduk biarkan warna asal dan selebihnya warnakan merah (perasa strawberry).
Bakar warna hijau selapis-selapis sampai habis, kemudian warna asal selapis-selapis jugak sampai habis dan akhir sekali warna merah (letakkan coklat chip) lakukan proses yang sama sampai adunan habis.


Suhu 150c lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua dan seterusnya api atas sahaja. Setiap lapisan guna 7 sudu besar. 


Sunday, 8 September 2013

Pulut Durian

Alhamdulillah tengahari ni kak ruby makan pulut durian ala-ala orang kedah gi tu, memang kak ruby pun orang kedah, hihihi sayang kedah tanah tumpah darah ku.........kat kampung dulu-dulu bila tiba musim durian, kak ruby dan arwah ayah selalu makan macam ni, durian, pulut, santan atau pun air garam dan jugak gula, gaul dengan tangan lepas tu makan, sedap nyer.......arwah ayah lebih suka makan dengan nasi dari pulut tapi kak ruby memang suka makan durian dengan pulut....... al fatihah buat ayah ku
  

PULUT DURIAN

Cara kak ruby lain sikit, kak ruby lebih suka pulut di kukus, setengah orang suka pulut di tanak macam masak nasi tu tapi sukatan air sama paras dengan pulut, pulut kan cepat masak jadi air nya sedikit dah cukup. masak je macam masak nasi, bila pulut masak makan dengan durian, santan atau air garam.  



  


Saturday, 7 September 2013

Pulut Panggang

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu semua, petang ni kak ruby buat pulut panggang.......pulut panggang ni memang kesukaan kak ruby, kak ruby suka sangat, 4, 5 batang boleh habis dalam satu2 masa hihihi, tapi buat nya baru sekarang kak ruby pandai.......sebelum ni kak ruby buat asik tak menjadi je....Kak ruby paling suka sekali pulut panggang Kedah, pulut panggang kedah memang sedap, bagi kak ruby lah kak ruby suka pulut dia tu, pulut dia tak lembek, sebab apa kak ruby kata macam tu, selalu nya lah kalau kak ruby beli pulut panggang di mana-mana tempat kecuali kedah pulut nya mesti lembek macam nasi, kak ruby tak suka.......kak ruby suka macam kedah punya, pada sapa2 yang biasa makan pulut panggang yang dibuat di negeri kedah tau lah rasa dia macam mana.......maaf ye semua, ini citarasa kak ruby secara individu.......Jangan lupa sebelah pantai timur diaorang panggil PULUT LEPA yang berintikan ikan, pun sedap jugak.......
 

PULUT PANGGANG

Bahan
500 gm beras pulut
1 mangkuk santan 
1 sudu teh garam
daun pisang secukupnya - bersih dan layur
lidi secukupnya (kak ruby guna stapler je)

Bahan inti
1/2 biji kepala parut putih
2 batang serai *
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
5 tangkai cili kering *
200 gm udang kering *
1 cawan air
1/2 sudu teh kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa


 

Cara
Kisar bahan yang bertanda *
Rendam pulut selama 3 jam atau lebih, bersihkan dan kukus sehingga masak.  Ambil santan yang sudah dicampur dengan garam, gaul rata bersama pulut, kemudian kukus lagi selama 5 minit sahaja,  tutup api dan angkat.
Satukan semua bahan inti termasuk bahan kisar kedalam kuali, masak lah hinggga kering (kacau-kacau selalu supaya ia tidak hangit) rasa secukupnya masim, manis, pedas tutup api angkat.
Letakkan pulut diatas daun pisang, leper2 kan sikit, letakkan inti diatas pulut pula kemudian gulung jadi bentuk panjang, kemaskan dengan lidi di hujung nya.  Boleh lah di panggang diatas dapur menggunakan kuali atau masukkan ke dalam oven. Panggang sehingga daun pisang kehitaman.  


Friday, 6 September 2013

kek alunan kasih 11

Assalammualaikum, malam tadi kak ruby buat lagi sekali kek alunan kasih atas permintaan suami tersayang, kata nya kek ni sedap dan lembut........jadi sang suami minta buat untuk dia bawak ke pejabat pula, sebab ada jumuan hari raya, kali ni kak ruby buat 3 warna dan  4 lapis cantik kan warna dia kak ruby suka dan suami pun suka hehehe..........
 


Resepi dia tak perlu lah kak ruby letak lagi kan sebab baru 3 hari lepas kak ruby publish kan kat kayumaniskorner.......ni saja kak ruby nak tayang-tayang gambar je sebagai kenangan kak ruby hihihi......








Wednesday, 4 September 2013

Puding Tembikai Merah

Assalammualaikum,  ni desser tengahari tadi, kalau dulu kak ruby buat puding tembikai kuning, kali ni tembikai merah pula hihihi...resepi nya sama je cuma tukarkan kuning kepada warna merah. Kak ruby suka puding ni, makan selepas makan nasi, keluar je dari peti ais terus makan aduh sedap nyer.........


PUDING TEMBIKAI MERAH

Bahan
12 gm agar agar
3 keping roti
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanila
sedikit cincau - utk dibuat biji
pewarna merah dan hijau


 

Cara
Carik carikkan roti dan rendam dalam susu cair, ketepikan.
Masak agar2 bersama air hingga hancur, masukkan gula biarkan hingga gula larut, sementara itu blender roti hingga halus.  Kemudian masukkan ke dalam agar2, masukkan juga vanila dan butter.
Kacau hingga mendidih dan agak pekat. tutup api.
Ambil 1 cawan masukkan ke dalam bekas dan warnakan hijau, masukkan ke dalam acuan, bekukan,  masukkan pula warna asal dalam 1/2 cawan. yang selebihnya warnakan merah.  Bila warna asal sudah beku masukkan warna merah,  taburkan cincau.
Sejukkan dalam peti ais. 

Tuesday, 3 September 2013

Talapia Masak Sambal Hijau

Assalammualaikum, hari ni kak ruby nak kisahkan resepi semalam, sebab sibuk sikit pagi ni baru boleh publish kat kayumaniskorner......semalam masak simple sangat, ikan talapia masak sambal hijau dan labu masak lemak tu je, tapi sedap tau......sapa2 pun boleh cuba, idea ni datang hasil dari tinjau2 kat rakan2 blog jugak, terima kasih semua, terlampau banyak blog yg kak ruby singgah, jadi terima kasih untuk semua lah.  Untuk hari ni pula tak tau lagi apa resepi hihihi.........  
 

TALAPIA MASAK SAMBAL HIJAU

Bahan
2 ekor ikan talapia merah
1 biji bawang besar - potong bulat
4 sudu besar air asam jawa
sedikit air
garam dan gula secukupnya
minyak - utuk goreng ikan

Bahan kisar
7 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan


 

Cara
Ikan dibersih, kelar2kan, lumur dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga garing angkat ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak masukkan sedikit air, air asam jawa, garam dan jugak gula, biarkan hingga mendidih, rasa secukupnya.  Masukkan ikan dan bawang besar yg dipotong bulat tadi, kacau rata, agak bawang lembut sikit, tutup api angkat.

Monday, 2 September 2013

Kek Alunan Kasih



KEK ALUNAN KASIH

Bahan
5 biji telur
250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
serbuk koko secukupnya
pewarna (pilihan sendiri)
tapis teh yg halus (utk ayak serbuk koko)


 


Cara
Butter dan gula dipukul hingga kembang.  Masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan  susu cair, gaul hingga sebati.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul sebati.
Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian, warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Griskan loyang dengan butter, taburkan sedikit tepung.  Masukkan adunan warna pertama, ayak nipis je serbuk koko diatasnya,  masukkan pula adunan warna kedua, ratakan dan ayak serbuk koko diatasnya.
Buat lah begitu ke lapisan yang ketiga dan seterusnya.  
Bakar lebih kurang 45 minit dengan suhu 150c api atas bawah. 

kak ruby guna loyang 8 x 8 inci.