Nuffnang Ad

Thursday 29 August 2013

Kek Lapis Coklat Cheese

Assalammualaikum,  Syawal sudah hampir ke penghujungnya, kak ruby tetap jemput saudara mara datang ke rumah, walau pun biskut raya sudah tinggal seredak-seredaknya hihihi...... kak ruby rajinkan diri buat kek lapis, sebab bahan-bahan berbaki masih ada, kak ruby campur sana campur sini jadi lah sebiji kek lapis coklat cheese yang tak berapa cantik (sbb tak cukup bahan sepenuhnya, kak ruby guna bahan apa yg ada je) tapi tetap sedap.  Kek ni kak ruby belajar di kelas sewaktu kak ruby di Sibu dulu, memang sedap......sapa2 yang ingin mencuba semak resepi dibawah, ikut betul2 insya Allah jadi punya.  Maaf ye Halimah corak lapisan kak ruby guna kreativiti kak ruby sendiri.
  

KEK LAPIS COKLAT CHEESE
resepi : kelas kek lapis sarawak
oleh: Puan Halimah Hj Udin

Bahan
10 biji telur
16 oz mentega
2 1/2 gelas tepung gandum
1 1/2 gelas gula halus
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil kaya
200 gm horlick
1 sudu besar ovallate
1 sudu besar baking powder
250 gm cheese bar (diparut)
250 gm coklat masak (dicairkan)

 


Cara
Mentega, gula, ovallate dipukul hingga kembang.  Kemudian masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang, masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder, susu, kaya dan horlick pukul lagi sampai sebati.
Bahagi kepada 2 bahagian
Satu bahagian - dibiarkan warna asal, masukkan cheese yg telah diparut
Satu bahagian lagi - masukkan coklat yg telah dicairkan
Bakarlah selapis selapis sampai habis, lapisan pertama bahagian yg ada cheese.
Acuan 9 x 9....guna 7 sudu mkn bagi setiap lapisan.  Bagi lapisan pertama guna api atas bawah, lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja. 

Wednesday 28 August 2013

Ketam Masak Lemak



KETAM MASAK LEMAK

Bahan 
3 ekor ketam
1 kotak santan
1 cawan air
2 keping asam 
2 batang serai
1 biji telur
garam dan kunyit
1 biji bawang besar - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk

 

Cara
Cuci dan bersih ketam.
Didalam periuk masukkan santan, air, bahan ditumbuk, kunyit, asam dan serai yg telah dititik, masak sehingga mendidih masukkan garam, biarkan agak kuah pekat sedikit masukan ketam masak lagi hingga mendidih, bila ketam sudah kemerahan, masukkan telur yg telah dipukul, biarkan mendidih sekejap, tutup api, dan boleh dihidangkan.
    

Sunday 25 August 2013

Bubur Candil

Suasana raya masih terasa, maklum lah jamuan raya sana sini, sampai tak tau nak p yang mana...... Lebih-lebih petang tadi lagi jiran sebelah rumah kak ruby yang buatkan jamuan hari raya atau lebih famous dengan sebutan open house,  hihihi seronok kak ruby, kak ruby pula yang terasa lebih macam hari raya........ya lah makanan yang dihidangkan semuanya menu hari raya......sebab itu lah bila malam, kak ruby masak bubur candil je, konon-konon nya nak kelainan sikit hehehe, cuma ini lah dinner kak ruby berdua .......apa apa pun memang sedap bubur candil ni, terima kasih Yatie.
    

BUBUR CANDIL

Bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit pewarna pilihan

Cara
Gaul semua bahan diatas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan bulat-bulatkan. Didihkan air dalam periuk, ambil adunan bulat tadi tekan leper masukkan kedalam air yg mendidih.
Rebuslah hingga bebola timbul.  Angkat dan masukkan kedalam air biasa, supaya ia tidak melekat diantara satu sama lain.


 

Bahan Untuk Kuah
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 
1 ketul gula melaka
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara
Satukan semua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih masukkan bebola candil tadi biarkan mendidih sekejap tutup api.   

Saturday 17 August 2013

Kek Karamel Coklat Moist

Memang sedap kek karamel coklat moist ni, terima kasih Munira Baharum tuan punya resepi asal.


KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Bahan
Untuk gula hangus
2 sudu besar gula, masukkan dalam loyang 8" panaskan diatas dapur jadikan gula hangus.

Untuk Karamel
1/2 tin susu cair
50 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

Cara
Satukan susu cair, gula dan esen vanila kacau hingga gula larut, masukkan kuning telur dan kacau perlahan-pelahan je hingga sebati.  Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus tadi.
Bakar cara double boiling pada suhu 170c selama 15 minit atau karamel agak keras dan ketepikan.


 

Untuk Kek
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis - kak ruby letak 1/2 cwn
1 cawan gula - kak ruby letak 1/2 cwn
1 cawan minyak jagung

Satukan semua bahan diatas, masak atas api perlahan hingga adunan sebati dan berkilat tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
semua bahan diatas ayak dan ketepikan

Bahan C
4 biji telur dikisar


 

Cara
Masukkan adunan Bahan B dan Bahan C kedalam adunan Bahan A, secara selang seli gaul hingga adunan sebati. Kemudian tuangkan adunan perlahan-lahan keatas adunan karamel tadi. Bakar cara double boiling selama 1 jam atau hingga masak, guna api atas bawah. rehatkan atau sejukkan kek dahulu baru terbalik.
Pastikan kek benar-benar sejuk baru terbalikkan.  


Thursday 15 August 2013

Kek Lapis Dewi Pandan

Assalammualaikum dan selamat hari raya kak ruby ucapkan pada semua pengunjung kayumaniskorner......terima kasih kerana sudi singgah.........Pada tahun ini kak ruby tidak balik kampung untuk berhari raya, sebab 4 hari sebelum hari raya anak kesayangan kak ruby dimasukkan ke hospital putrajaya, wafa kena menjalani pembedahan, jadi kak ruby sekeluarga berhari raya disini je......kak ruby tetap bersyukur wafa selamat menjalani pembedahan.......walaupun kami tidak dapat kemana-mana, dirumah kak ruby tetap meriah dengan ketupat dan rendang, kuih muih dan jugak kek lapis yang kak ruby sediakan.........Alhamdulillah disaat kak ruby menulis ni wafa sudah boleh berjalan perlahan-lahan.


KEK LAPIS DEWI PANDAN
resepi asal Rabiah Amit

Bahan A
250 gm tepung gandum
250 gm gula kastor
200 ml susu sejat ideal
1 peket santan segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 sudu besar ovelette

Bahan B
300 gm mentega
kelapa kering secukupnya
pewarna hijau
pes pandan


 

Cara
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan
Pukul mentega hingga kembang, masukkan kedalam bahan A, gaul sebati.  Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.  Satu bahagian warnakan hijau dan masukkan pes pandan.
Dua bahagian lagi biarkan warna asal.
Sediakan loyang 7 1/2 x 7 1/2 yang telah disapu dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas minyak, masukkan 5 sudu besar adunan asal ke dalam loyang ratakan dan bakar selama 5 minit dengan suhu 150c, api atas bawah.  Bila sudah masak ambil adunan asal lagi dan buatlah seperti proses diatas cuma bila bakar adunan kedua ini guna api ATAS sahaja.
Untuk lapisan ke 3, masukkan adunan yang berwarna hijau, sukatannya sama 5 sudu besar ratakan dan tabur kelapa kering diatasnya, bakar selama 5 minit. bila masak masukkan pula adunan asal

Ulangi lah proses ini hingga semua adunan habis.