Nuffnang Ad

Monday, 29 July 2013

Cornflakes Madu



BISKUT CORNFLAKES MADU

Bahan A
125 gm butter
1/2 cawan brown suger -kak ruby tak letak
1 cawan madu

Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
1 cawan kismis - kak ruby tak letak
1 cawan badam cincang panggang

Hiasan 
mangkuk kertas kecil
manik2

 

Cara
Panaskan bahan A sehingga butter cair, masukkan bahan B dan kacau rata. tutup api.
Sudukan kedalam mangkuk kertas, hiaskan dengan manik2.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 150c selama 8 - 10 minit.  Sejukkan.

Tart Nenas



TAT NENAS

Bahan 
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu besar gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
sedikit garam
Jem nenas secukupnya


 

Cara
Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan kuning telur, garam dan esen vanila, pukul  sebati.
Masukkan tepung gandum dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut, kalau lembut sangat tambah sedikit2 tepung gandum.  Canai adunan ikut bentuk pilihan tersendiri.
Letakkan inti nenas.  Bakar dengan suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak.
 

Kek Kukus Coklat Mocho Putih Telur

Selepas melapis kek lapis sarawak banyak lah pula putih telur, banyak sangat2......nak sedekah kat sapa pun tak tau, kalau sapa2 ada nak putih telur datang rumah kak ruby, boleh ambil.......ni kak ruby guna 525 ml untuk buat kek kukus, putih telur masih banyak lagi.......kalau lama2 nanti terbuang pula, kalau ada wafa mesti dia letak kat muka, tapi wafa belum balik lagi, rindu pula kat si manja mama ni...........
 

KEK KUKUS COKLAT MOCHO PUTIH TELUR
resepi : kak wan kita lah (citarasawan)

Bahan A
525 ml putih telur
400 gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm santan serbuk


Bahan C
100 ml santan pekat
1 sudu teh esen vanila/coffee
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pakat manis

Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco


 

Cara
Bahan A, putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih, masukkan gula, garam, ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata, kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
Bahagikan kpd 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lg adunan asal.  Panaskan pengukus, tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit, tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Friday, 26 July 2013

Ayam Sambal Hijau



AYAM SAMBAL HIJAU
resepi: chef Hanieliza

Bahan
4 keping ayam (basuh dan toskan)
4 tangkai serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukupnya


Bahan kisar
5 biji cili hijau
20 biji cili api hijau
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.  Gorengkan  sehingga masak.
Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi, biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, bawang besar dan garam kacau rata.
Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.  boleh dihidangkan.


Puding Jagung

Dua tiga hari lepas,  dah lupa bila.....selepas sahur sementara tunggu azan subuh kak ruby buka tv 1, memang pun nak tengok Selera Rasa M&S, pagi tu selera rasa masak puding jagung, nampak sedap sangat, kak ruby pun cepat2 salin resepi........petang ni kak ruby cuba, untuk dijadikan juadah berbuka.....memang betul sedap, pada yang ingin mencuba, tak akan rugi

PUDING JAGUNG
resepi: Selera Rasa M&S 

Bahan
80 gm tepung kastard
200 ml susu segar
1 cawan jagung berkrim
1 1/2 sudu besar serbuk agar2
400 ml santan kelapa M&S
300 ml air
100 gm gula pasir
sedikit garam

 

Cara
Larutkan tepung kastard dengan susu, tapiskan ke dalam periuk.  Masukkan baki susu, jagung berkrim, serbuk agar2, santan, air, gula dan garam.
Kacau atas api perlahan hingga masak.  Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan kecil2, biarkan keras.. Simpan didalam peti sejuk sebelum disajikan.



Tuesday, 23 July 2013

Biskut Nestum Madu



BISKUT NESTUM MADU

Bahan:
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1 1/2  cawan gula halus (kurangkan klu x suka manis)
1 cawan kelapa kering
1 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar madu
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur


 

Cara :
Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ketepikan.
Kacau mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga kembang masukkan madu, kacau sebati.
Masukkan kelapa kering dan nestum, sambil dikacau rata baru masukkan campuran tepung tadi, gaul hingga menjadi dol yang lembut. Sekira nya adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum.
Kemudian terapkan mengikut acuan pilihan sendiri, dan hias juga dengan cara sendiri.
 

Tat Bunga Teratai



TAT BUNGA TERATAI

Bahan
250 gm mentega
150 gm gula halus
400 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
jem nenas secukupnya
kertas cawan

 

Cara
Pukul atau kacau mentega bersama gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila kacau lagi.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Canai doh dan terap dengan acuan bunga, masukkan ke dalam acuan cawan kertas.  Letakkan inti nenas di tengah2, sapukan kuning telur diatas tart.  Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 150c.  




Friday, 19 July 2013

Biskut Fancy Ice Cream

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....pasa pertama kita berpuasa selama 10 hari sudah berlalu, esok hari yang ke 11 kita berpuasa dah masuk pasa kedua.....kata ustaz pasa kedua ni pasa keampunan,  kata ustaz lagi kita orang2 islam banyak2 lah mohon keampunan dan sujud pada Allah, Allah mesti ampun punya........itu lah sebahagian dari tazkirah selepas solat tarawih tadi........hari ni kak ruby buat biskut fancy ice cream pula hehehe..........


BISKUT FANCY ICE CREAM

Bahan
260 gm butter
120 gm gula aising
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
40 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila
Utk topping : coklat masak dan manik2


 


Cara
Pukul butter dan gula hingga kembang. 
Kemudian campurkan tepung2 yang telah diayak bersama baking powder, masukkan jugak serbuk badam.  Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh, gelek dan terap dengan acuan ais krim.  Atur diatas loyang pembakar dan bakar pada suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak.
Biarkan biskut betul2 sejuk baru lah celup hujung biskut dalam coklat cair dan tabur manik diatas coklat.

Wednesday, 17 July 2013

Biskut Peanut Butter



BISKUT PEANUT BUTTER
resepi asal - IBU ZAI

Bahan
2 cawan tepung gandum *
1 cawan tepung jagung *
1 biji kuning telur
1 cawang gula halus
2 sudu besar peanut butter
1/2 cawan lemak sayur
1/2 cawan planta (kak ruby guna buttercup)
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh esen vanila
kismis secukupnya (kak ruby letak ceri)

 

Cara
Ayakkan bahan yang bertanda * dan ketepikan.
Pukul buttercup, lemak sayur dan gula hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila kacau rata, kemudian masukkan penut butter kacau sebatikan.
Masukkan bahan ayak tadi, uli hingga dapat doh yang lembut, bulatkan sebesar guli.
Masukkan dalam acuan cermai yg telah disapu dengan sedikit mentega.


Bakar suhu 150c selama 15 - 20 minit.
 

Tuesday, 16 July 2013

Biskut Mama Carey



BISKUT MAMA CAREY

Bahan
200 gm mentega
100 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B - diayak
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm tepung susu

Aising hiasan
1 biji putih telur
90 gm gula ising
1 sudu besar tepung jagung
coklat emulco

 

Cara
Pukul mentega dan gula hingga berkrim masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yg lembut, simpan didalam peti ais selama 15 minit.
Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati, susun dalam dulang pembakar yg telah digris terlebih dahulu.
Bakar biskut setengah masak selama 10 minit, keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, gunakan lidi kecil dan dicelupkan kedlm coklat emulco dan lorekkan diatas permukaan aising tadi.
Bakar semula selama 10 lagi atau kurang ikut pada kepanasan oven masing2.


Cara buat aising
Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula ising dan tepung jagung. 
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dlm
piping beg dan paip diatas permukaan biskut.

Monday, 15 July 2013

Biskut Kacang Green Peas

Hihihi kak ruby dah mula buat biskut raya.....kak ruby memang seronok sangat buat biskut raya, tak tau kenapa, duduk seorang-orang buat biskut raya, dengar lagu2 raya, aduuuuuuh senang nya rasa aman bahagia.....teringat masa2 dirantauan.....kak ruby ni hidup banyak merantau, hingga ke negara mat salleh sana, sempat lah 3 kali raya di bumi salji tu.  Lambat lagi kan nak raya, jadi kak ruby boleh buat 1 hari 1 biskut raya.......kak ruby cari merata resepi, resepi kali dari yatie, terima kasih yatie.
  

BISKUT KACANG GREEN PEAS

Bahan
1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak mazola
1 biji kuning telur


 

Cara
Gaul kesemua bahan kering sehingga sebati.  Tuang minyak mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
Bentukkan bulat2 seperti guli, sapukan diatasnya dengan kuning telur. (kak ruby guna acuan kacang).

Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit atau hingga masak.
Sejukkan dahulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Sunday, 14 July 2013

Kuih Lompang

Assalammualaikum, selamat berbuka puasa.......kuih lompang juga salah satu juadah berbuka puasa, sedap, tak jemu makan.......


KUIH KOMPANG
 
Bahan

1 1 /2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan - kak ruby tak letak
kelapa putih + secubit garam


 

Cara
Satukan tepung beras dan tepung ubi, masukkan 2 cawan air dan jugak air kapur kacau sebati, bahagikan 2 bahagian.  Satu bahagian masukan gula merah dan satu bahagian lagi masukkan gula pasir. Adunan gula pasir, masukan pewarna hijau kacau sebati sama jugak dengan adunan gula merah kacau sebati dan tapis.



Kemudian tuang dalam acuan lompang yang sudah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 minit atau hingga masak.  Hidang bersama kelapa putih.   

Friday, 12 July 2013

Agar Agar Bandung Selasih

Satu lagi juadah untuk berbuka puasa.......tak perlu beli di pasar ramadan.....


AGAR-AGAR BANDUNG SELASIH

Bahan
10 gm agar2 bertali - potong pendek2
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan gula - boleh kurangkan
1/2 sudu teh garam
1 sudu mkn selasih - rendamkan
1 sudu mkn sirap ros


 

Cara
Rendam agar2 yang telah dipotong selama 30 minit atau lebih.
Kemudian masak dengan air hingga mendidih, masukkan gula kacau, bila gula sudah larut masukkan susu cair kacau lagi hingga mendidih, masukkan pula sirap ros dan selasih, kacau sekejap angkat.
Tuang dalam loyang atau bekas kecil2, biarkan sejuk masukkan dalam peti ais. 

Roti Jala

Salah satu juadah berbuka petang tadi......roti jala makan dengan kari ayam.....boleh tahan jugak sedap dia, hihihi masuk bakul angkat sendiri........ tak yah makan nasi, tak boleh makan banyak2 tau nanti susah nak solat.


ROTI JALA 

Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau

 


Cara
Blender semua bahan hingga sebati, kalau pekat sangat tambah sikit je air.
Tuang dalam botol 3 muncung.  Panaskan pan picit botol, buat lah corak sendiri.
Bila nampak adunan tidak melekat lagi pan, angkat dan gulung.

Thursday, 11 July 2013

Kurma Goreng

Assalammualaikum, salam ramadhan dan selamat berpuasa....ari ni hari kedua kita berpuasa, bila sebut bulan puasa je, mula lah buah kurma berlambak-lambak di pasaran buah kurma memang tak dapat di pisahkan dengan bulan ramadhan........memang kak ruby pun suka buah kurma, sunah Nabi lah katakan berbuka dengan buah kurma, lagi pun buah kurma banyak khasiatnya ...........apa yang kak ruby nak ceritakan di sini ialah kurma goreng, kurma goreng ni kenangan kak ruby waktu kak ruby bersama arwah ayah kak ruby dulu.  Arwah ayah memang suka sangat dengan kurma goreng, boleh dikatakan selang 2 hari sekali mesti goreng kurma (dalam bulan puasa lah) waktu itu kak ruby baru darjah 2, kak ruby dah pandai goreng kurma hihihi, maklum lah kak ruby membesar hanya dengan ayah tanpa ibu, ibu kembali ke rahmatullah dalam usia kak ruby 3 atau 4 tahun kak ruby pun dah tak ingat tapi belum sekolah lagi, jadi kak ruby lah yang memasak untuk ayah, bulan puasa je memang kena goreng buah kurma.......untuk mengembalikan kenangan itu lah pada hari pertama puasa kak ruby mesti goreng buah kurma.......alfatihah buat ayah yang tersayang.  kenangan bersama ayah tetap anakmu ini abadikan sampai bila-bila.
      

KURMA GORENG

Bahan
20 biji kurma
1/2 cawan tepung beras
2 sudu mkn tepung gandum
1/2 sudu teh garam
sedikit kumyit
air secukupnya (biar adunan pekat sikit)
minyak untuk menggoreng


Cara
Bancuhkan semua bahan diatas kecuali buah kurma dan minyak hingga sebati, jangan terlalu cair.
Ambil kurma masukkan ke dalam adunan, gaulkan hingga rata.  Masukkan ke dalam kuali, kemudian balik balikkan hingga kekuningan angkat dan toskan.