Nuffnang Ad

Thursday, 28 February 2013

Cupcake Coklat



CUPCAKE COKLAT
resepi dr: LYNN HASSAN


Bahan 
110gm mentega
100gm gula kastor
2 biji telur
110gm tepung naik sendiri
4 sudu mkn serbuk koko
2 sudu mkn susu segar

 

Cara
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko. ketepikan.
Pukul mentega dengan gula kastor sampai sebati, masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang.
Masukkan campuran tepung tadi berselang seli dengan susu segar.
Timbang adunan pd setiap kertas cawan bernombor 12 sebanyak 55gm.
Bakar dengan suhu 170c selama 23 minit.
Biarkan sejuk dan hiaskan dengan krim mentega coklat.

Bahan Utk Krim mentega coklat
100 gm coklat gelap - cairkan & sejukkan
250 gm mentega
350 gm icing sugar - diayak


Cara
Putar mentega sampai gebu, masukkan gula ising dan putar sampai ringan.
Akhir sekali campurkan adunan dengan coklat cair tadi, kacau rata.
Kemudian hias lah dengan cara tersendiri.

Cupcake Oren



CUPCAKE OREN
resepi dr: LYNN HASSAN


Bahan
115 gm mentega dlm tin
80 gm gula kastor
2 biji telur
175 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh jus sunquick
3 sudu makan susu segar
parutan kulit oren


 

Cara
Pukul mentega dan gula sampai sebati, Masukkan telur satu persatu, jus sunquick dan parutan kulit oren.     Pukul sampai kembang. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu segar.
Timbang adunan pd setiap kertas cawan bersaiz 12 sebanyak 58 gm. 
Bakar dengan suhu 170 selama 23 minit.
Hias lah dengan cara tersendiri.
  

Sunday, 24 February 2013

Kuih Bom Keledek

Assalammualaikum, petang hari ahad ni kak ruby buat kuih bom, entah kenapa nama kuih ni,  BOM ye, kak ruby pun tertanya-tanya jugak......tapi kuih bom kak ruby ni bukan dibuat dari tepung pulut, sebaliknya kak ruby guna keledek, saja2 kak ruby nak try.....sebab kak ruby pernah makan kuih bom keledek, tapi dimana kak ruby dah lupa.......resepi pun pandai2 kak ruby je, alhamdulillah bila dah siap semua, makan.....memang sedap.


KUIH BOM KELEDEK

Bahan
2 ketul keledek sederhana besar
125 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
bijian secukup nya
minyak untuk menggoreng

 

Cara
Keledek di kupas,dibersih, direbus dan dilecek halus.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung uli sampai boleh di bentuk bulat2.
Masukkan inti, bulatkan dan golek2kan dengan bijian.
Kemudian goreng hingga kekuningan dan angkat. 
Siap.
* inti nya boleh gunakan kacang hijau atau inti kelapa.  


Saturday, 23 February 2013

Pecal

Hehehe......kuah kacang semalam masih ada lagi, jadi kak ruby cari2 je sayur apa yang ada kat peti ais tu, jumpa lah kangkung, kacang panjang dan timun.....kat luar dari peti ais pula jumpa nenas dan sengkuang, cukup lah untuk di jadikan pecal.........potong potong campur dengan kuah kacang aduh!!!!sedap nyer......


PECAL

Bahan
1/2 biji nenas - dipotong kecil
1/2 biji sengkuang - dipotong panjang
1 biji timun - dipotong panjang
10 urat kacang panjang - dipotong panjang, dicelur
1 ikat kangkung - potong panjang, dicelur
pucuk ubi (tak letak)
taugeh (tak letak)


Cara
Campurkan semua bahan diatas, letak kuah kacang gaul. siap
boleh makan. 

Kuah Kacang Bersama Nasi Impit

Minggu2 lepas kak ruby masukkan masak lodeh kat kayumaniskorner, hari ini kak ruby masukkan kuah kacang nya pula, sebab makan masak lodeh mesti ada kuah kacang atau sambal kacang kalau tidak hilang ump!!!! nya masak lodeh hehehe.........tapi bagi diri kak ruby makan nasi impit dengan kuah kacang pun dah sedap. 
 

KUAH KACANG

Bahan
150 gram kacang tanah (di goreng dan di tumbuk kasar)
4 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar (di kisar halus)
5 ulas bawang putih (di kisar halus)
1 batang serai (di titik)
1 sudu kecil asam jawa
2 cawan air
garam dan gula secukupnya


Cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak
3. Masukkan serai, kacang tanah yang di tumbuk kasar, air, asam jawa, garam dan gula.
4. Biarkan hingga mendidih, masak lagi hingga kuah kacang menjadi pekat.
5. Keluarkan serai, rasa secukupnya garam/gula, tutup api.



Thursday, 21 February 2013

Agar agar Sirap Selasih

Assalammualaikum, selamat pagi...... cuaca sekarang mendung dan hujan tak menentu masa......kak ruby pula masak agar2 sirap selasih sebagai dessert, agar2 ni makan waktu cuaca panas baru best, baru terasa kat tekak, sejuk cam tu......ini pun tengahari semalam punya, pagi ni baru dapat masuk kat kayumaniskorner......
 

AGAR-AGAR SIRAP SELASIH

Bahan
10 gm agar agar tali
600 ml air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar biji selesih
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit pewarna merah





 

Cara

Basuh biji selasih dan rendam - bila kembang toskan.
Masak agar2 bersama air, masukkan juga daun pandan, bila agar2 sudah mendidih dan hancur masukkan gula biarkan hingga gula larut, keluar kan daun pandan.
Ambil 1/4 agar2 masukkan kedalam bekas lain, masukkan biji selasih yg ditos tadi dan pewarna merah, kemudian tuang kedalam acuan dan bekukan.
Masukkan susu cair ke dalam agar2 yang selebih tadi, bila agar2 selasih sudah beku masukkan agar2 yang dicampur dengan susu. beku dan sejukkan dalam peti ais.
 


Tuesday, 19 February 2013

Pengat Labu



PENGAT LABU

Bahan
1/2 biji labu sederhana besar
3 cawan santan
5 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah - dibancuh dgn sdikit air panas dan tapis
3 sudu besar sagu - direndam, dibersihkan
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit garam


 


Cara
Labu di potong dadu dan di basuh bersih.
Masukkan santan, gula, gula merah, labu dan daun pandan ke dalam periuk, masak dan kacau hingga mendidih.  Bila labu sudah lembut sedikit, masukkan sagu dan garam.
Biar kan mendidih lagi dan bila sagu sudah bertukar jernih,  tutup api. Angkat.
Hidangkan.   

Monday, 18 February 2013

Buah Melaka

Assalammualaikum,  untuk minum petang tadi, kak ruby buat buah melaka ada juga setengah orang panggil onde2, resepi kak ruby guna tepung pulut je,  sebab kak ruby suka liat-liat gitu...... kalau sapa sapa tak suka liat campurkan sedikit tepung gandum.........


BUAH MELAKA

Bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air + sedikit pewarna hijau
gula kabung/gula melaka
2 cawan kelapa putih + sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul
air untuk merebus

 

Cara
Potong gula kabung atau gula melaka kecil2 untuk dijadikan inti, ketepikan.
Masukkan daun pandan dalam periuk bersama air, didihkan.
Masukkan air yang dicampur dengan pewarna hijau tadi ke dalam tepung pulut, cara sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan jadi lembut dan boleh di bentuk bulat2.
Kemudian ambil adunan yang telah dibentuk bulat tadi, leperkan masukkan inti, tutup bentukkan bulat semula.  Buat lah hingga adunan habis.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tadi, masak lah hingga buah melaka timbul, angkat dan toskan.

Gaulkan dengan kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam.
Boleh dihidangkan.   

Saturday, 16 February 2013

Bingka Labu Lemak Manis



BINGKA LABU LEMAK MANIS
resepi asal : Yatiememories

Bahan
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis (kek ruby tak letak)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cawan labu - yg telah di rebus, tos dan dilecek
sedikit bijian utk tabur

 

Cara
Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu dan bijian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati.  Tapis adunan tadi, kalau guna blender lg senang. Tuangkan dalam mengkuk besar dan masukkan labu yang telah dilecek kacau rata.
Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa bakar.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong.

Thursday, 14 February 2013

Jemput Jagung Manis



JEMPUT JAGUNG MANIS

Bahan
3 tongkol jagung
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
1 biji telur
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

 

Cara
Bancuh semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
Hidangkan.



 

Wednesday, 13 February 2013

Chocolate Moist Cake

Kek kesukaan kak ruby ni....memang kak ruby suka kek coklat, ini entah kali yang keberapa kak ruby buat, dah tak ingat pun.....tapi dulu kak ruby belum ada blog lagi, dan juga resepi dia lain sikit, sekarang resepi kek coklat kak ruby ambil dari rakan2 blog....banyak sangat resepi kek coklat dalam simpanan kak ruby,  sampai dah terlupa ni resepi dari sapa.....pada tuan punya resepi kak ruby mohon maaf ye, tak ingat sapa punya........terima kasih banyak2 memang sedap kek coklat ni.........


CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan
1 cawan gula pasir *
1 cawan susu cair *
1 cawan butter - dicairkan *
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu teh b. powder - di ayak
1 sudu teh s. bikarbonet - diayak
1 cawan serbuk koko - diayak
3 biji telur - dipukul kembang

 

Cara
Satukan bahan yang bertanda *  dalam periuk, masak sekejap, kacau hingga larut dan sebati, tutup api biarkan suam.  Campurkan telur yang sudah dipukul tadi bersama serbuk koko, kacau rata.  Kemudian masukkan adunan suam tadi, kacau rata.
Masukkan bahan ayak, sedikit demi sedikit sambil kacau rata dengan menggunakan hand whisk.
Masukkan kedalam loyang yang telah digaris dgn butter.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau hingga masak.

Untuk Topping
Bahan
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu cair
1/2 cawan susu pekat manis


Cara
Satukan semua bahan dan masak dgn api perlahan, kacau sentiasa hingga semua bahan larut dan sebati.
Biarkan sejuk dan curah ke atas kek yang telah sejuk.  Tabur dengan coklat rice.

Tuesday, 12 February 2013

Karipap Apam



KARIPAP APAM

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh yis kering
2 sudu mkn gula pasir
1/2 sudu teh eno (peket warna biru)
secubit garam
sedikit pewarna hijau/kuning





 


Cara

Satukan tepung, air, gula, garam dan susu cair kedalam satu bekas.  Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya,  masukkan yis dan kacau lagi hingga betul2 larut.
Rehatkan 1 jam hingga adunan naik, lepas itu letakkan beberapa titik pewarna, masukkan pula eno dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.
Panaskan pan non-stick, sapu sedikit minyak, masukkan 1 senduk adunan tadi dan loyangkan diatas pan supaya ia jadi bulat, masak dalam 2 3 minit je, angkat letakkan kedalam acuan karipap dan letak inti kelapa, tekan acuan, siap. 



Friday, 8 February 2013

Aiskrim Goreng

Assalammualaikum dan salam hari Jumaat....... hari ni kak ruby buat dessert aiskrim goreng, 1st time ni kak ruby buat.....memang sedap, makan panas panas.


AISKRIM GORENG

Bahan
12 keping roti putih
aiskrim - apa2 perisa je
plastik wrap - untuk simpan roti dlm peti ais
cawan atau gelas bulat besar - untuk tekan roti
minyak
 


Cara
Lembahkan roti dengan sedikit air.
Skopkan aiskrim dan letak di atas roti,  Kemudian tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.
Ambil apa acuan yg bulat (kak ruby guna cawan je) tekan diatas roti sampai roti terputus.
Masukkan dalam plastik dan simpan dlm peti ais semalaman.  Keluarkan, goreng dalam minyak yang betul2 panas hingga keemasan. Angkat.
Makan panas2 sedap.

Thursday, 7 February 2013

Pandan Pancake

Kak ruby tertarik dengan resepi pandan pancake with vanilla ice cream dari blog Che Ct........jadi petang semalam kak ruby buat lah untuk minum petang, tapi yang sedih nya kak ruby tak de stok ais krim di dalam peti ais, jadi kak ruby guna butter jeeee......MAAF  ye  Che Ct dah jadi lain pula nama dia bila tak letak ais krim diatas pancake tu  ..........walaupun letak butter tetap sedap Ct, sedap sangat,  lembut. Yang kak ruby paling suka cara penyediannya ringkas je, tak perlu masa yang lama....senang bila ada kawan2 datang ke rumah, boleh sediakan.  Terima kasih Che Ct.......
   

PANDAN  PANCAKE

Bahan kering
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu besar gula kaster
secubit garam




Bahan cecair

1 biji telur besar
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu teh esen pandan
pewarna hijau


Cara
Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk besar.
Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan cecair kacau dengan whisk hingga rata.
Masukkan perlahan-lahan adunan cecair kedalam adunan kering.  Kacau hingga rata dan sehingga tiada ketulan tepung lagi.  Jika adunan terlalu pekat tambahkan sedikit lagi susu.
Tutup adunan dan rehatkan kira-kira 30 minit.
Gris frying pan dengan mentega nipis2 dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan adunan anggaran 1/3 cawan dan masak hingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan perlahan-lahan, masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.
Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran.

Tuesday, 5 February 2013

Foldered Spounge Cake

Dua minggu lepas, selepas hantar suami ke tempat kerja, kak ruby singgah di salah satu kedai bakery yang terdapat Putrajaya ......kak ruby tertarik dengan satu kek ni, cantik.... kak ruby beli, makan sebagai sarapan....sedap...timbul lah minat kak ruby ingin mencuba, " tapi macam mana resepi nya, bentuk dia boleh lah tiru" fikir kak ruby.....tapi, tapi, tapi macam2 persoalan yang timbul.....kak ruby tinggalkan begitu saja hingga beberapa hari.....semalam ingatan pada kek tu datang lagi, kak ruby nekad  "aku mesti buat" dengan menggunakan resepi spounge cake kak ruby terus mencuba dengan cara kak ruby......ini lah bentuk dan hasil dia hehehe hihihi ada tali pula......itu yang kak ruby gelak sendirian, kak ruby guna daun kucai sebagai tali, apa boleh buat kalau tak ikat dia tak lekat, jadi kena lah ikat.......daun kucai pun daun kucai lah.  Itu lah sejarah tercipta nya kek ini....reka2 cipta sendiri,  hasil dari tiru sana tiru sini, nama kek pun kak ruby cipta sendiri.    Sapa2 yang ingin mencuba teruk sikit tau sebab kena ikat dengan daun kucai.
*bentuk dia lebih kurang lah dengan kek yang terdapat di bakery tu.
      

FOLDERED SPOUNGE CAKE

Bahan A
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak jagung
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

 

Bahan B
5 biji putih telur

70 gm gula kastor


 
Bahan  C
300 ml whipping cream - pukul sampai kental
strawbery
beberapa helai daun kucai - celur dgn air panas sekejap



Cara
Pukul bahan B hingga menjadi meringue, ketepikan.
Pukul air, kuning telur dan minyak jagung hingga berbuih. Masukkan gula dan esen vanila pukul hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik dan kacau sebatikan.

Satukan bahan B kedalam bahan A, secara kaup balik, dengan hanya menggunakan senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
Setelah sebati masukkan kedalam loyang yg telah dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 1 jam dengan oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160c dengan kaedah water bath guna api bawah sahaja.

Sejukkan dulu sebelum dipotong lintang 4 lapis. Kemudian potong bulat dibahagian tengah nya yang berukuran 5 1/2 inci.
Lepas tu buat dan bentuk lah seperti gambar diatas.